Friday, September 30, 2011

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI

**this is a copy-paste article from Idrus Hashim's FB .

UNTUK PENGETAHUAN,

ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.


Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.


Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

3 comments:

  1. Basically, panadol (or dlm nama manja saintifiknya, PCM) is the safest drug ever produced. Jangka hayat PCM dlm badan manusia xlama, means if km mkn PCM,the most it will stay dlm badan pun for abt 18hrs ja. & another thing that I need to highlight: PCM is toxic to liver if it is consumed >20 tablets. Dlm kes yg ditulis tu, probably bcs the patient's metabolism x normal. Ade je certain ppl yg xleh tolerate PCM d/t masalah genetik dia sendiri, not to blame the drug. Memangla PCM akan affect kidney jugak sbb elimination thru air kencing tp not affecting much pun. But yes, if takat sakit sikit-sikit tu, tak payah laa nak depends too much on pain-killer. Just my 2 cents, sbb benda ni penah diskus kat kelas dulu :)

    ReplyDelete
  2. Thanks thanks thanks for sharing... sebab I migrain..instead of amek cafergoat, i slalu amek panadol..risau dah i.. hehe...btw, yang consume more than 20tablets tu for life time ke? or kalau amek PCM in one shot?

    ReplyDelete
  3. oh.....Su ke? ingatkan pharmacist mana tadi.. eh eh, asal i xleh view u punya blog ah? by invitation je ke?

    ReplyDelete