Monday, April 15, 2013

Sabar

Salam :)

I mengaku, masa pregnant I selalu la baca pasal parenting neh. Nak fully equipped kononnya. Berusaha nak jadi Ummi yang terbaek. Tapi bila anak dah ada depan mata, perkara paling penting yang I sedar adalah SABAR.

Sabar dalam segala hal. Paling mencabar bila kita dah penat and sleepy, si kecik ne taknak jugak tido. Nak ajak borak/maen. Dalam hati memang berperang habes dengan segala rasa. Kadang-kadang rasa nak mengeluh, tapi tahan-tahan. Selalunya dalam hati I terlintas, 'Ummi penat ne, tido lah cepat', takpun, 'Nape nanges lagik ne?'. Ya Allah, dipohon kesabaran yang tinggi. Ujian ne kecil sahaja.

Apa yang I belajar, kalau dalam hati berperang dengan perkara negatif, lagik I penat. Lagik masalah tak selesai. Baby pun faham yang Ummi dia dok bergolak dengan perasaan. Lagik dia taknak tido. Lagik dia menanges. Bila I dah tenang, dah boleh handle rasa segala rasa negatif, I perasan Maryam will sleep easily and will stop crying. Bila Maryam dah fall asleep, tengok muka dia memang rasa Ya Allah, berbaloinya rasa penat mengantuk semua tu.

Terima Kasih Ya Allah atas kurniaan-Mu ini.

Sabar yang tak kurang pentingnya adalah pabila banyak sangat orang terlebih concern melampau kat anak kita. Relatives and parent's friends been constantly visiting Maryam. And Maryam got constipation problems these few days. Banyak la nasihat free yang I rasa hmmmphh. Ada yang suruh bagi makan limau, prune la, madu la. Hello, Maryam is just about 2-months old. Ada sorang ne lagik la, dia cakap anak dia dulu pun susah nak poo poo, dah tukar semua jenis susu pun sama jugak. Last-last dia stop susu bagi air masak je kat anak dia. Bila nurse kat KK marah dia cakap la anak dia membesar sihat aje. FYI, I tengok anak dia ingat baru 2tahun lebih, rupanya dah dekat 4tahun. Kecik kurus kering anak dia. So boleh agak la kan, dia advice the same thing dekat I. Dengar aje lah. Lepas kes tu I dah pesan kat Mak I, takyah la nak cerita pasal Maryam susah nak poo poo lagik. Malas nak dengar nasihat macam-macam ne.

Yang paling I geram, ada satu petang tu I bawa Maryam jalan-jalan depan rumah. Ada la sorang ustazah ne lalu depan rumah. Kebetulan Maryam tengah nanges, sebab I berhenti baca asma-ul-husna. (I dah lenguh mulut time ne). Ustazah tu memang tak berhenti pun. Lalu senyum aje. Esoknya Abah I pergi la beli Ikan Bakar, terserempak dengan kawan-kawan dia yang tengah makan kat situ, dorang semua cakap dorang dengar cerita yang cucu Abah I ne tak sehat (read:ada masalah kesihatan) sebab asyik nanges ja. Bila Abah I tanya sape cerita? Dorang cakap ustazah tu yang cerita. OMG. Abah I marah sangat. I dengar pun lagik la marah. Ya Allah, sabar je la. I tak kacau hidup Ustazah tu pun. :(

Hari-hari I cakap kat diri I masa bangun tido. Hari ne kena lebih sabar. Hari ne kena lebih sabar.

Lahirnya Maryam dalam hidup ktorang adalah kurniaan besar dari Allah, jadi I mesti jaga diri dan peribadi supaya tak sia-siakan amanat Allah ne. InshaAllah :)

6 comments:

  1. agree with you! i ni pulak bukanlahpenyabar mana orgnya. nasib husband mmg jenis byk brsabar. klu i tak tahan, dia lah yg take over.
    huh.. abaikan jer org2 tu semua kalau u rs x selesa nak dgr. i ni sekrg 'org' suka betui bg ckp mcm2 sbb Hana takmau makan. paed dia ckp normal & she sihat. tu je i dgr. huhu.. ;p

    ReplyDelete
  2. I pn bkn yg penyabar tp bila da ada anak..blh sabar jugak i ni..tp ada time pernah i ilang sabar..lps tu i tersedar n mngucap pjg..trus i cium ammar..

    Psl constipation tu u try tukar susu lain kot..tp before this dia ok je kn..da try g clinic x? Maybe doc ada advise on that..

    ReplyDelete
  3. Sabar tau u. Semua ibu memang penyabar kan. U pun salah seorang dari ibu penyabar tu.

    Haih ustazah pun boleh cerita pasal orang ke? Apala. Kesian u :-/

    ReplyDelete
  4. true! memang kena sentiasa bersabar dan senyum..heheh...i sometimes penat sangat nak prepare makanan dia hari-hari..tapi pastu tersedar and terus istigfar dan senyum sambil masak...nnt x masak dgn penuh kasih sayang x sedap pulak hamza makan..hahaha

    ReplyDelete
  5. The thing I fear most is juggling between responsibilities as a wife and a mother. Takotnya! im the type that wants to do everything on her own. mangkuk besar. HAHA.

    berkenan nama maryam!

    ReplyDelete
  6. setuju. i tot dh baca habis psl parenting ni(xla habis tp kononnya well equipped) so bole handle. i lupa SABAR tu adalah key nya! thank god KR sgt sabar. huhu. pttla b4 kawin dia sll sound i ckp : i tatau la if u ade anak nt cmne. sabar tu penting. nk lyn suami anak. u boleh ke?". ms tu i sentap okkk. hahaha tgk2 mmg ye i xsbr..thts why i sll ckp if bole ulg balik masa i nk kembali ke ms pantang huhu...

    melebih2 pulak ustazah ni ye -_-

    ReplyDelete