Saturday, April 27, 2013

Emo

Salam :(

Hate the situation when I have to explain why I am not fully breastfeed my baby girl. Do I have to?

Just received a long email from a friend (who concerned so much of me) telling me what to consumes and whatnot. Complete with the list of lactation consultants and not to forget the negative effects of formula milk. Duhh.. Siap tanya lagik, ne dah buat ke? Betul ke dah buat? Intro email, 'I heard that you are giving fm to your baby, why don't you bf your baby? Pity little Maryam.'

Thanks babe, but no thanks. I would appreciate if you could just mind your own business.

I am working on it. What I really need is your support, not being so judgemental and thinking that I just sit down and do nothing.

I love my baby girl more than everything. I only want to give her not only the best, but the bestest I could give. I am willing to die for her. Please please please stop being so concern when I wonder where are you all this while???


#emotahapgaban :(

Thursday, April 18, 2013

Majlis Aqiqah Maryam Nur Zahra'

Salam :)

Date : 3 March 2013 (Sunday)

Masa ne Maryam baru berusia 13hari dan Umminya pun masih dalam pantang. We ols aqiqah kan seekor kambing untuk Maryam.

Al-kisahnya we ols tumpang majlis tunang adik ipar I. Tapi memang majlis tunang tu ditunda-tunda supaya boleh tunggu I bersalin dulu. Naseb baek adik ipar I dan family tunang dia boleh tunggu. Haha. Maryam cucu sulung sebelah hubs I. Memang boleh nampak keterujaan tu. Masa I tengah mengandung memang la dilayan baek punya. Kalau tercakap nak makan spagheti pukul 11malam, time tu jugak MIL I kerah hubs pergi beli.

We ols tak buat majlis berendoi & cukur jambul pun. Sebab, I masih dalam pantang tak kuasa nak beriya bagai. Rambut Maryam dicukur 2 days before majlis aqiqah, iaitu pada 1 March 2013 (Jumaat). So, hari kenduri tu dimulakan dengan majlis tunang adik ipar I. Pastu acara makan-makan sampai ke petang.

Tapi guests yang datang semua tau lah PIL I baru dapat cucu. Haha. Maryam dapat banyak hadiah gilaaa. I tukang collect duet dan hadiah. Sebab semua orang sebok nak pegang Maryam. Hadiah paling best adalah Burberry dress. Adoi, tak sabar I nak tunggu Maryam besar nak pakaikan dress tu. Ummi awak pun tak pernah ada barang Burberry sayang oii.

Ayah si Maryam ne paling kalut hari tu. Excited baru jadi Ayah la katakan. Kawan I ke, kawan dia ke yang datang, memang dia cepat-cepat pergi amek Maryam nak tunjuk. Most of the time, I dalam rumah je. Dengan lampin, bip maryam dalam kocek baju melayu dia lagik. Semua orang cakap, jatuh saham hubs I, semua orang tau dia ada anak dah. Tupun dia nak beli belt yg khas untuk letak segala barang Maryam, senang nak gerak tanpa tercicil barang Maryam. Of course la I tak bagi beli, entah ape-ape la my hubs ne. Bukan boleh diikut sangat rasa excited dia tuh.

Hmm..tanggungjawab untuk aqiqah kan Maryam dah selesai. Lega. Lepas ne Ummi & Ayah nak kena selesaikan tanggungjawab sunatkan awak pulak la sayang.

Tuesday, April 16, 2013

Period Selepas Bersalin

Salam :)

I got my period yesterday. Haish. I don't know I should be worry or not. I mean, haish kenapa cepat sangat?

I am not fully breastfeed my baby. Sebab tu kot datang awal. Apa la I ne, pasal period pun nak update kat blog. Haha. I terkaku jap bila tau dah period. I checked with my friend, dia cakap kalau period datang normal lepas habes nifas adalah orang tersebut sangat subur. Orang fully breastfeed tak termasuk hokayh. Tu la untungnya BF anak. :( sobs.

Dah lama tak period, sekali mai rasa nak demam betul.

Bila sebut subur I pulak lah yang risau. Nextweek baru checkup dengan my gynae. Nanti I tanya what choice do I have for family planning. Sementara nak jumpa gynae, can u girls help me with these:

(1) Checkup lepas bersalin, gynae check ape? Dont tell me ada adegan seluk-menyeluk lagik. Gerun mak :(

(2) For family planning, choice ape yg okay? Implant? Pills? Cucuk bontot? Ape yang tak affect milk production?

(3) How long does it take for stitches down there to be okay? Malu nak cakap, tapi I memang tak pernah tengok cermin or sentuh dengan jari kat tempat jait tuh. Seriauuu. When the stitches actually dissolve? I iz risau. :(

P.s. Haaa, semalam I tengok WHI. Gynae from Columbia Asia Hospital said, there is no research proven that perineal massage do help for vagina wall tearing. But westeners keep on doing that. Kalau nak buat jugak, buatlah guna olive oil. Sekian. Ok, bai.

Monday, April 15, 2013

Sabar

Salam :)

I mengaku, masa pregnant I selalu la baca pasal parenting neh. Nak fully equipped kononnya. Berusaha nak jadi Ummi yang terbaek. Tapi bila anak dah ada depan mata, perkara paling penting yang I sedar adalah SABAR.

Sabar dalam segala hal. Paling mencabar bila kita dah penat and sleepy, si kecik ne taknak jugak tido. Nak ajak borak/maen. Dalam hati memang berperang habes dengan segala rasa. Kadang-kadang rasa nak mengeluh, tapi tahan-tahan. Selalunya dalam hati I terlintas, 'Ummi penat ne, tido lah cepat', takpun, 'Nape nanges lagik ne?'. Ya Allah, dipohon kesabaran yang tinggi. Ujian ne kecil sahaja.

Apa yang I belajar, kalau dalam hati berperang dengan perkara negatif, lagik I penat. Lagik masalah tak selesai. Baby pun faham yang Ummi dia dok bergolak dengan perasaan. Lagik dia taknak tido. Lagik dia menanges. Bila I dah tenang, dah boleh handle rasa segala rasa negatif, I perasan Maryam will sleep easily and will stop crying. Bila Maryam dah fall asleep, tengok muka dia memang rasa Ya Allah, berbaloinya rasa penat mengantuk semua tu.

Terima Kasih Ya Allah atas kurniaan-Mu ini.

Sabar yang tak kurang pentingnya adalah pabila banyak sangat orang terlebih concern melampau kat anak kita. Relatives and parent's friends been constantly visiting Maryam. And Maryam got constipation problems these few days. Banyak la nasihat free yang I rasa hmmmphh. Ada yang suruh bagi makan limau, prune la, madu la. Hello, Maryam is just about 2-months old. Ada sorang ne lagik la, dia cakap anak dia dulu pun susah nak poo poo, dah tukar semua jenis susu pun sama jugak. Last-last dia stop susu bagi air masak je kat anak dia. Bila nurse kat KK marah dia cakap la anak dia membesar sihat aje. FYI, I tengok anak dia ingat baru 2tahun lebih, rupanya dah dekat 4tahun. Kecik kurus kering anak dia. So boleh agak la kan, dia advice the same thing dekat I. Dengar aje lah. Lepas kes tu I dah pesan kat Mak I, takyah la nak cerita pasal Maryam susah nak poo poo lagik. Malas nak dengar nasihat macam-macam ne.

Yang paling I geram, ada satu petang tu I bawa Maryam jalan-jalan depan rumah. Ada la sorang ustazah ne lalu depan rumah. Kebetulan Maryam tengah nanges, sebab I berhenti baca asma-ul-husna. (I dah lenguh mulut time ne). Ustazah tu memang tak berhenti pun. Lalu senyum aje. Esoknya Abah I pergi la beli Ikan Bakar, terserempak dengan kawan-kawan dia yang tengah makan kat situ, dorang semua cakap dorang dengar cerita yang cucu Abah I ne tak sehat (read:ada masalah kesihatan) sebab asyik nanges ja. Bila Abah I tanya sape cerita? Dorang cakap ustazah tu yang cerita. OMG. Abah I marah sangat. I dengar pun lagik la marah. Ya Allah, sabar je la. I tak kacau hidup Ustazah tu pun. :(

Hari-hari I cakap kat diri I masa bangun tido. Hari ne kena lebih sabar. Hari ne kena lebih sabar.

Lahirnya Maryam dalam hidup ktorang adalah kurniaan besar dari Allah, jadi I mesti jaga diri dan peribadi supaya tak sia-siakan amanat Allah ne. InshaAllah :)

Thursday, April 11, 2013

MaryamNurZahra' : at 53days

Salam :)

I fall in love with her over and over again. :)

Her weight as at 9 April 2013 : 5.02kg (Paed cakap dah terlebih berat. Sepatutnya sebulan naek 600gm aje)

1.  Dah pandai senyum. Especially bila tengah kenyang.

2. Suka mengempeng. Ya Allah, penat Ummi awak sayang.

3. Nak kena tido bepelok dengan Ummi sentiasa. Dah pelok lama baru boleh letak atas tilam.

4. Tido nak kena dodoi tepok-tepok bontot dan perut. Nyanyi lagu dia taknak. Nak kena baca ayat qursi, al-fatihah, berzikir bernasyid baru nak lelap. Kadang-kadang Ummi bukak youtube kalau dah tak larat.

5. Selalu cuba nak immitate Ummi buat bunyi guna lidah. Tapi awak tak pandai lagi, awak angkat je lidah tapi tak bunyi pun. Air liur je meleleh banyak.

6. Suka jelir lidah bila nak goda orang angkat dia. Paed cek perut pun awak goda jugak ye sayang.

7. Suka mandi. Sangat. Kaki tu asyik menolak je bath tub. Dah la awak tu panjang, Ummi risau kepala awak terhantuk ja. Berkocak-kocak air dibuatnya.

8. Dah pandai cakap telefon. Millenium betul awak oii. Bila Ayah call letak hp kat tepi telinga, pandai dengar. Kalau tengah nanges pun boleh diam. Kalau Ayah panggil-panggil nama awak, pandai senyum. Kalau Ayah cakap rindu, buat muka sedih. Ya Allah, indahnya canteknya ciptaan Allah ne.

9. Marah kalau nak letak bedak sejuk kat muka. Kat kepala takpe. Nak sapu cream kat leher pun marah.

10. Suara nyaring begetar telinga Ummi bila awak nanges. Nanges macam orang cubit dia je.

11. Suka kalau Ummi maen kaki awak macam naek basikal. Padahal Ummi nak bagi awak senang poo poo.

12. Dah tak berjaga malam. Kalau siang hari tak banyak tido, malam boleh tido lama sangat. Haritu Ummi pening pale, awak baek sangat tido dari pukul 12am - 6am tak bangun-bangun. Menom susu pun tak. Ummi terjaga pukul 4 dok pelik sorang-sorang nape awak boleh tido straight.

13. Waktu tengahhari taknak tido. Nak ajak maen borak-borak.

14. Menanges kalau terjaga tido takde orang sebelah awak.

15. Sangat behave kalau orang datang visit awak. Diam je. Takpun awak tido tak bergerak lansung. Seminit je lepas orang balik, awak mula la merengek nak mengempeng.

16. Suka berjalan-jalan. Masuk je kereta letak kat carseat terus diam. Tapi bila kete berhenti (traffic light/jammed) mula la awak buat muka/bunyi takpuas hati. Kalau ikot Ummi shopping pun behave aje. Tido je kalau Ummi babywearing awak. Terjaga pun, pandai tido sendiri balik.

Note:
#1 Ummi awak tak sabar nak tunggu 2bulan nak update progress awak, 53hari dah terus update.

#2 Ummi sedang cuba nak biar awak tido unaided.

#3 Ummi risau bila tinggal berdua kat KL nanti, Ummi tak sempat mandi, makan dan kemas rumah aje.

#4 Ummi taksabar nak bawak awak jalan-jalan.

#5 Ummi nak balik Kedah untuk mengundi. Tapi tak confident nak naek flight berdua je dengan awak. During take off & boarding, Ummi risau awak nanges dan Ummi taktau nak handle je. Kalau telinga awak bengang, awak menjerit macam mane? Hohoho

#4 Ummi sayang awak sepenuh jiwa raga tau :)

Friday, April 5, 2013

Day 46

Salam :)

Officially, my confinement period has ended. Thanks Allah. I had prawn sambal and masak lemak ketam cili api for lunch today. Nikmat. Juadah hari raya I. Haha.Of course, my hubs didnt know about it. Haha. Heaven.

I pergi berurut lagik hari ne. Bila I jalan, rasa bahagian bawah nak jatuh ja. So, makcik tu urut dan cakap urat batu meroyan I tak masuk betul. Sakit ya haiii.

I urut susu jugak. Makcik urut tu cakap lubang susu I ada 3 ja. Orang ada 7 lubang. Sakit gila-gila. Dah la nipples I berdarah, dia picit-picit ya rabbi. Sakit gila. Sakit sungguh. Patutla I pernah baca orang cakap sakit urut breast macam sakit nak bersalin. Tapi I tak sampai tahap sakit tu la. Dia picit-picit sampai menitik susu. Ada la 2,3 titik mengalir. Kalau ikot pengalaman dia, kalau berurut selalunya susu memancut keluar. Tapi I punya tak memancut pun. Dalam hati I positif gila. Cakap banyak kali, NOT YET,.NOT YET. Nanti memancut la tu. Dia suruh I sapu bedak sejuk sebelum tido, bagi ketul-ketul susu pecah. Pagi-pagi pas mandi, sikat ke arah nipples. I ikhtiar aje, mana tau berhasil kan? Tak rugi pun mencuba.

What I like about kampung is, orang kampung tak berkira, buat kerja ikhlas. Macam I urut the whole body dan urut breast, I tanya dia berapa? Dia cakap ikot ikhlas. Kat KL I bayar 130 hari tu. Bila I bagi 100, dia cakap banyak sangat. Orang kat sini urut bersalin 3hari pun baru 120. Murah. I urut 3hari + urut breast kena 330. So, makcik tu amek 40 ja. Super cheap okayh. Tu temasuk I beli air zamzam 2 botol lagik. Next time nak balik mengurut kat kampung la.

I berani bawak kereta dah hari ne. Dah makan makin banyak. Kan time pantang tak boleh tambah nasik, tadi memang I makan bertambah. Hoho. I tak jadi cut off nasik during dinner. Sebab Pet cakap nasik adalah milk booster dia. Who knows, it might be my milk booster too.

I am all fresh and feel lighter after mengurut just now. ;) Tapi nak timbang I tak beranii.

And....I dah terasa nak dapat baby lagik. Boleh? Hahahaha :)

Wednesday, April 3, 2013

Struggling

Salam :)

My breastfeeding journey is not easy as others.

I never knew, breastfeeding is going to be very tough on me. Really, did not expect I am the one who's being tested by Ya Rabb.

Sudahlah perjalanan nak breastfeed berliku bagai. Flat nipples, bengkak susu, sakit kat tempat jait dan macam-macam lagik. Nak kena hadap orang yang tak support I nak breastfeed lagik. Paling parah nak hadap orang yang ingat I tak cuba buat apa-apa lansung. Kau beranak je susu memancut keluar, takyah nak cakap pandai yang aku tak usaha buat ape-ape lansung. :(

Ada yang tau I amek drugs (Maxolon & Domperidone) untuk tambah susu, senang hati cakap jangan depends on drugs. Try natural sources. Tell me, ape lagik I tak cuba. Most of the milk booster orang cakap kat internet I try.

Bila I cakap I tak pakai bengkung tradisional, I pakai PB, sebok cakap kat I yang tak perlu semua tu, bagi anak breastfeed confirm kurus. If you know....

Paling tak tahan yang I rasa layak dimaki pabila sebok cakap asal anak I tak tembam macam budak baya Maryam. Pastu dia sendiri jawab, 'oh, tak menom susu terbaek kat dunia ne'. Then sambung cakap I deny my daughter's rights. Her argument is,  adalah hak anak untuk menyusu badan sehingga 2 tahun. Okay fine. Tengok la nanti Kadang-kadang I pelik, manusia ne dekat anak sanggup nak bagi yang terbaek, cakap pong pang pong pang. Tapi untuk diri sendiri taknak fikir nak bagi yang terbaek pun. Still lagik makan fast food setiap masa, amek ais berlebihan dan tak exercise pun. Kalau sayang anak, kena la sayang diri sendiri dulu. Kalau kita sakit, sape nak jaga anak kita?

At first, I found myself keep explaining why I give Maryam fm. Lama-lama, what the heck I have to explain to them. You know, peer pressure. They made you feel bad for not being able to fully bf your daughter. Sekarang ne, I malas nak kesah. They are going to judge me anyway.

I jadi tak malu, contact friends yang breastfeed anak dorang. I mintak tips macam mana nak banyakkan susu. Ramai yang sangat membantu. Sangat supportive dan cuba faham keadaan I. Ada jugak yang jawab, 'takyah buat ape-ape pun. Susu I memang banyak'. Fine, rezeki kau kan?

Dan sampai tahap I contact stranger how she managed to bf and df her son. Hai Pet, you are no longer stranger. Thanks for being so helpful. Even time Hamza admitted kat Pantai pun you still reply my msgs. And Miza too, for listening and for sharing what to eat/consume/take. Sometimes I ponder, why someone yang tak kenal/rapat sangat being so helpful but the one yang close tak support lansung. I thank Allah for these love, for sending orang-orang baek hati cantek budi dekat I.

For the past 2weeks, I df Maryam occasionally (She still refused df btw. She just suck because I forced her to and it last for few minutes before she fall asleep) and did not pump the milk. The only reason is I am giving it up. Honestly, I am so tired, tried so hard to df until Maryam trauma I guess. Nampak je breast, terus tutup mulut rapat-rapat. Kalau mood Maryam tak okay, dia menjerit meraung la. Bila pump pulak, 6pumping session (1-hour for each session) baru bejaya kumpul 2oz. It's a hardwork, I must said.

Hubs kept on asking, hari ne df Maryam tak? Hari ne pump tak? I jadi serba salah. All this while dia sorang aje yang support I 100% untuk bf Maryam. Bila I mengeluh setiap kali pump penuh setakat lantai botol ja, hubs akan cakap, 'Alhamdulillah. Rezeki Maryam.' I googled, baca kisah orang yang relactation. Buat I semangat. Kalau dorang yang stop bf for few months dan start nak bf boleh je berjaya, takkan I yang masih dalam pantang ne nak give up camtuh aje.

Now, I dah start balik routine I. I taknak paksa Maryam df lagik now, takut dia terus reject ja. What I do, before put her into sleep, I gentel-gentel kan nipple kat pipi dan bibir Maryam. Hasil usaha 2,3 hari ne, Maryam dah tak tutup mulut rapat - rapat. So, I let her sucking my nipples (bukan aerola ye) before sleep. Hasilnya, nipple I luka dan berdarah. Takpe, I boleh tahan, asalkan dia tak fobia nampak breast dah.

I buat jadual pump dan follow closely. Night time selalu jugak terbabas. Masa pump tu I baca kisah-kisah orang yang struggle bf jugak untuk motivate I. 2 hari pertama start balik pump tu, susu setitik pun tak kuar. Kali ne I semangat kuat luar biasa, I teringat kesah sorang akak ne yang mana lepas 4bulan baru dia bf anak dia. Since lahir memang anak dia menom fm ja. Masa mula-mula dia relactation, 2-minggu dia pump kosong takde susu setitik pun. Tapi dia tetap pump sampailah susu melimpah ruah. Dia start fully bf anak dia masa anak dia umur 7bulan lebih. See, dia amek masa 3bulan pun tak pernah give up. Just ada semangat dan komitmen tinggi.

Bila hari ke-3 susu keluar 2 titik sebelah breast kiri, Ya Allah I bersyukur sangat Allah tak tarik nikmat yang I sia-sia kan sebelum ne. Semalam baru breast kanan start keluarkan susu. Tapi masih 2,3 titik aje. Susu I masih tak menitik jatuh dalam botol pun.
Tadi lepas dinner I pump lagik, breast kanan ne berhasilkan 5-6 titik susu, I cepat-cepat letak atas sudu dan suap kat mulut Maryam. Dapatlah awak rasa sikit susu Ummi ye nak. Dah seminggu lebih tak rasa susu Ummi. Syukur sangat, dapat bagi Maryam rasa susu Ummi dia ne, even setakat nak basahkan lidah dia je.

I percaya dan pegang words ne dari dulu, 'peliklah kalau berusaha tapi tak berjaya'. Jadi I memang tengah berusaha. Memang positif habes, memang I dah tahap telan aje kata-kata orang.

Wish me luck girls. I am for it. I percaya one day, rezeki Maryam ada jugak. Tak banyak pun sikit pun jadi la.

Monday, April 1, 2013

Kak Ton

Salam :)

Siapalah tak kenal the famous KakTon?

Ala.. Yang iklan 'KakTon comel kan?'. Dan pelakon tambahan belakang dibayar beramai-ramai untuk jawab, 'Chomell'. Haha.

Mula-mula rasa menyampah. Macam eh tak sedar diri ke? Tapi mengenangkan dia baya-baya mak I, jadi biarkan sahaja. Berbalik kepada dosa kering, tak pasai-pasai bertambah dosa camtuh aje. Atleast dia businesswoman, harta berkepuk. Aku? Masih biasa-biasa saja. Jadi, usahlah I menyampah kosong, baek I jealous secara positif pada KakTon.

Bagi I, KakTon memang cantek, tak pasti hasil lepas consume product sendiri ke atau memang natural beauty. I selalu define cantik dengan hanya melihat hidung yang tinggi. Maklumlah, hidung kitew ne tak berapa nak tinggi. Haha.

Bila kita memilih untuk melihat secara positif, I jadi kagum pada KakTon. I adore her. Seriously. Dalam satu temuramah, KakTon mengakui dia banyak dapat feedback negatif berkenaan iklan, 'KakTon chomell kan?'. Terserempak kat mall, dia dengar sorang budak cakap kat mak dia, 'tula yang perasan comel dalam iklan tv'. Banyak orang cakap menyampah tengok iklan tu. Dia cakap banyak yang kutuk dari memuji. Apa yang I paling respect pasal KakTon adalah, (1) dia tahan dikutuk/dikeji, (2) dia sangat business-minded.

Menurut KakTon, kalau ramai yang menyampah tu maksudnya iklan dia berkesan. Orang ingat iklan dia, secara tak lansung orang kenal produk dia. Sebelum ne berapa orang yang kenal Beauty Umaira? I kenal sebab sejak berpantang memang I dok tengok WHI dan memang ada slot KakTon tu. Hubs kenal dari iklan KakTon Chomell tu. Even my brother-in-law tahu pasal produk Umar dari iklan dia. Iklan tu berjaya spread the info. Berjaya kan iklan dia? I noticed kebanyakan iklan yang berjaya memang agak annoying. Sape ingat iklan 'Keropok Monni'?. Haha. Iklan dia sumpah macam murahan gila, tapi lagu dia agak annoying, dan buat I tahu kewujudan keropok monni.

KakTon tak kisah di'cop' tak sedar diri. Dia amek risiko. Dan bagi I dia berjaya. Buat bisnes, tak amek risiko memang susah nak berkembang maju. Ada orang cakap kat dia tak tau malu. Dia abaikan aje. Dia tau macam mana nak influence buyer from the advertisement power. Dia tau macam mana nak berbisnes. Dia berjaya buat produk dia outstanding berbanding produk kecantikan laen di pasaran. Marketing strategy sangat lah power.

Kalau nak berjaya macam KakTon, haruslah think ahead macam dia. Foresee the unforeseen. Haha.
I rasa I dok bekerja di ofis dengan rutin yang sama buatkan otak I tepu. Berfikir pun benda-benda yang dalam scope seharian. Jarang I nak fikir benda di luar kotak.

I always wanted to start a business. The thing that stopped me is, 'MALU'. Malu dikeji orang, malu nak approach orang, malu segala benda. Padahal most of my friends said that I am good in promoting stuff and influence others. They always said, I can make money if I have my own business. But..I am no where, I am nobody because of the shy-ness.

That is why I can relate to KakTon. I adore her for that part.