Thursday, March 28, 2013

Bersalin : Episod II

***sambungan dari episod I***

Sebelum nurse nak bagi pethidine, nurse nak seluk cek bukaan dulu. Memang la emo. Sikit-sikit nak seluk, padahal 15minit lepas dah seluk kot. Time ne baru hubs sampai. Bila seluk bukaan dah 8cm. Memang cepat betul. Tapi time seluk ne dah tak sakit, sebab bukaan dah besar. Dan I pun tak boleh amek pethidine dah. Sobs. Masa tu I cakap mampuslah aku macam mana nak go thru this? ;(
Terpaksa ready aje la tunggu fully dilated nak push. (so, i am not strong kind of lady for not taking any drugs, it just that i missed the chance.honestly i am shivering like hell knowing that i have to deliver hidup-hidup. Few times kot I dok ulang cakap, 'matilah aku', 'habeslah aku'.)

Hubs was so busy with his phone. Sebelah tangan urut I, sebelah tangan dok pegang phone. Geram je I tengok. Nak marah dah tak larat. Masa tu pk nak cepat bersalin aje. Bila time xde contraction baru tau yang hubs tengah baca Surah Maryam from his hp. Haha. Buruk sangka betul I ne. Masa ne nurse dah suruh I sedut gas ape entah. Bila contraction sedut gas tu dalam-dalam. Memang high ja. Rasa di awangan. Tak mengurangkan sakit pun gas tu tapi bila takde contraction boleh la rehat kejap. Sebab memang mengantuk abes. Yang hubs pulak dok pesan jangan tido, nanti takde tenaga nak push. Haha. Sakit susah nak explain, tapi contraction kerap betul, tak sempat nak rest, datang lagik.

Kebetulan budak-budak praktikal ramai, ada la 2 orang yang dok tolong sister tu. Masa 8cm sume dah standby. Dengar la sister explain kat nurse praktikal macam-macam. Macam perlu tak shave bahagian bawah I? Naseb baek I dah shave siap-siap. Kalau tak time sakit tula dorang nak shave kan. Hoho.

Masa bukaan 9cm (i dah tak ingat pukul berapa time ne), Dr.Daud datang dan tanya sister whether dah start encouraged I ke belom. The sister said NO. Pastu Dr. Daud cakap, 'takpela camtu, saya naek tingkat 7 jap ada meeting'. I was like, 'eh aku dah 9cm kot. Anytime je nak bersalin'. Tapi masa tu dah tak larat sangat, I cant even say a word. Hubs terpinga taktau nak cakap ape. Sister tu ajar la I camne nak push bagai. Luckily ada nurse praktikal. Sorang tolong pegang corong gas kat I. Sorang urut-urut kaki I. Hubs masa tu tengah dok support bahu I dan tangan sebelah lagi masih pegang phone baca Surah Maryam.

Dalam pukul 1pm camtuh, I rasa macam nak terberak sangat. I pun push dengan sendirinya. Sister tu cek tengok dah 10cm. Sister tu ajar I push. Tarik nafas dalam-dalam. Sambil lepas nafas sambil teran macam nak berak. Memang habes nafas. Hubs helped me with countings. Dia kira sampai sepuluh so I akan paksa diri hembus nafas sampai 10. I tak ingat berapa kali I push, tapi hubs cakap kepala dah kuar sikit. I memang tak cukup nafas dah so kepala baby dah masuk balik. Hubs updated me everything. So, I rasa down la jugak bila tau kepala dah masuk.

Dr. Daud still xsampai lagik. Sister tu cakap bila contraction datang tarik nafas, bila hembus sebut Ha-ha-ha-ha sampai la dah tak rasa contraction. I taktau la pulak bila sebut Ha-ha-ha-ha tu nak tahan baby dari keluar, sebab doctor tak sampai lagik. I bodo-bodo ikot ja. Bila I dah tak tahan nak ha-ha-ha-ha dah, I menjerit cakap tak tahan dah. Baru nurse praktikal lari-lari pergi call Dr.Daud. I memang push setiap kali rasa urge nak berak. Tak kuasa dah nak ha-ha-ha-ha. I guess masa tu la kot bahagian bawah I terkoyak banyak.

Bila Dr. Daud sampai kelam kabut dia tanya sister tu samada dah gunting vagina wall I ke? Sister tu cakap koyak sendiri sebab I push awal. Hoho. Masa tu dah redha. Tak menjadi jugak perineal massage aku tu. Sobs. Bila contraction datang, I tarik nafas panjang-panjang, hembus sambil dagu rapat ke dada, mata pandang perut. Sekali push aje baby dah keluar. Yang buat semangat bila hubs cakap, okay okay dah nampak kepala. Baru semangat nak push sekuat mungkin. Maryam keluar je, terus dengar dia menjerit serentak dengan azan zohor at 1.36pm.

Rupanya hubs cakap masa I push tu, Dr. Daud masukkan 2-2 tangan dia kat lubang vagina untuk mudahkan dia tarik kepala baby keluar. Patut la sekali push aje baby dah keluar. Ingat I dah hebat habes. Ekekeke. If without doc's help lama lagik kot. Doc terus letak Maryam atas badan I while dorang sebok tarik uri keluar. Rasa sakit sikit je, bila uri dah keluar memang rasa kosong la perut ne. Orang cakap tengok muka baby ja hilang sakit, tapi I still rasa sakit. I terus terbaring high dengan gas sedut tu. Sempat terlelap seminit dua, I tak ingat bila nurse bawak Maryam keluar. Yang I ingat sister suruh hubs I support bahu I sebab doctor dah nak start jahit. I terus cakap kat Dr. Daud yang I nak bius tau. Doc cakap okay okay dia akan bius I dulu sebelum jahit. Tapi hubs cakap doctor tak bius pun. Patutla sakit ya rabbi. I pesan kat hubs update I everything what happen down there, tapi I lupa cakap kat dia time jait jangan la update I. Memang psycho. Hubs dok cakap, 'okay, doc tengah masukkan jarum, doc dah tarik jarum...bla bla bla'. Sangat tak membantu hokay. Ya Allah I boleh rasa setiap kali jarum terkena vagina wall I. I tak ingat proses menjait lama mana, tapi bagi I, it was hell so long. Jaitan I memang hampir ke lubang bontot. 10 jaitan, koyak besar mana I taktau, tapi hubs cakap kulit/daging I kat bawah tu lembik sangat, doc masukkan jarum banyak kali tapi takdapat. Sebab tu lama proses menjait I. Hubs cakap imagine kulit I macam tofu, kalau masukkan jarum mesti tak bercantum kan, doc have to find kulit/daging yang tak lembik dan kena cuba jait berkali-kali. So, kawan-kawan please avoid ice and makanan manes (choc) masa pregnant. Tu la punca kulit/daging jadi lembik. Tambahan pulak I asyik angkat bontot, memang menyulitkan kerja doctor. Sakit gilaaa hoi.. Sakit beranak tak sakit macam tu. I sampai terberak terkencing dekat situ. Hubs witness everything. From A-Z. I memang sedut gas sepanjang proses menjait dan asyik tanya bila nak habes. Hubs asyik cakap sikit je lagik. According tu hubs darah keluar time jait lagik banyak dari time bersalin. Setiap kali doc tarik jarum, ketulan darah+daging sekali tertarik. Masa dah nak habis jait, I rasa sakit gila tau doc sumbat benda ape ntah kt lubang vagina. Bila I tanya, hubs ckp doc masukkan kapas sebab I bleeding sangat. Hubs memang nampak doc sumbat tu terus terduduk. Sakit ya Allah. Hubs masa tu usap-usap kepala dan cakap, 'saya sanggup bunuh diri dari rasa sakit bersalin dan kena jait'. I tak menanges, air mata pun taknak keluar sebab sakit sangat. Bila dah selesai sume doc explain kat I why he took so long and sebAb dia tak bius I adalah kalau bius lagik lambat baik luka jaitan. Tambah pulak kulit/daging I lembik macam tofu. Doc ulang banyak kali, lenkali jangan banyak menom ais dan benda manes. Kaki I tak behenti-henti menggigil. Hubs and nurse praktikal tolong pegang pun I still menggigil.

Badan rasa sejuk ya rabbi. Padahal masa tengah meneran tu memang I suh hubs turunkan temperature sebab I panas berpeluh gila.

Few minutes, I rasa nak terkencing. Panggil nurse praktikal, bermulalah aktiviti menyambung tiub supaya I tak perlu bangun untuk kencing. Nak sambung tiub tu pun sakit. Banyak dosa I ne :(

I memang letih ya amat. I mintak tolong nurse praktikal tukarkan baju & kaen I. Sebaek ada nurse praktikal. Ha sebelum tu dorang nak cuci luka jait before tukar pampers, sister tu tarik kapas yang doc sumbat kat lubang vagina earlier. Ya Allah time ne pun sakit. I tak pernah dengar orang cerita pasal any sakit pas dah bersalin. I je yang banyak betul sakitnya. Mungkin I jenis tak tahan sakit.

Petang sikit I dah berpindah ke ward. Alhamdulillah I boleh kencing macam biasa dan nasib baek haritu cirit. Takde la trauma nak buang air besar. Masuk hari ke-2, I tak berani nak berak takut terkoyak bekas jaitan. I mintak sister ubat senang berak, tapi nurse cakap Dr. Daud tak galakkan amek ubat, dia suh naturally. Gila apa doc ne. I cakap doc datang nanti I mintak sendiri. Tapi bila depan doc, doc cakap 'Allah tak jadikan proses beranak tu.sampai menyukarkan kita nak membuang air besar. Allah dah cipt manusia cantik-cantik. Insaf sekejap I. Gynae I ne jenis islamic sket and go for the most natural way. So, I redha lah kena makan banyak buah dan sayo.

Hari ke-2 jugak ada acara cuci menyuci bekas jaitan. Ya Allah, tak sakit tapi ngilu. Rasa cam boleh tak takyah nak cuci bagai. I trauma.

Sekian pengalaman bersalin I. Bukan niat nak menakutkan tapi begitulah I melaluinya.. Kalau masa baru bersalin orang tanya nak bersalin lagi x? I mesti cakap lambat lagik la dan kalau boleh nak czer aje. Tapi sekarang kalau tanya, 'hmmmmm..i dont mind going through this again'.. Giteww. Haha

*i dah habes type sume baru i terfikir, asal i x buat point ikot masa ja. Haha. Abaikan la labu**

6 comments:

  1. ngilu jer i rasa bila u cerita bab jahit mnjahit ni. i dah laaa jenis takut jarum. blh imagine mcm mn rsnya.. Watever it is, alhamdulillah semuanya dah selamat. lps sbln dah x kisah nak preggy lg kan. hihi.. tak payahlah czer.. epi pun ok. ;) ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasne I rs I amek epi la kot. Kena stat kumpul duet dr skang :) Hahahaha.

      Delete
  2. Waaa..takut gila bab koyak banyak ni..ngeri..tapi czer lagi ngeri okeh..i czer kna tggu at least 2 thn before preggy balik and lps ni i tekad nk normal..insyaallah.. :)

    ReplyDelete
  3. whoaa ngeri nya...i sebelum deliver byk baca kisah org bersalin and ramai kata time jahit lg sakit...huhuu tak merasa semua ni kita ye miza sbb kita czer...InsyaAllah anak seterusnya cuba normal

    ReplyDelete
  4. gulpppppppppp. seriau nya weiiiiiiiiiiiiiiii. bila u ckp psl ice n chocs etc tu i mcm gosh no wonder i pn lebih kurg u cuma bezanya ms jahit xrs langsung sbb epi. thank god i took epi LOL. tp lps epi hilang sakit azab nk mampus! -_-
    smpai rs nk ulg balik xnk amik epi or xnk jahit. gediknye xnk jahit xnk epi kan. benda dh lepas. but if nx baby pn i xtau la i bole go thru w/out epi ke x. husband i sndri ckp u boleh ke? i mcm hmmmm try la dlu, KOT? lol

    yg kelakarnye husband u g update ms jahit tu kenapa!!! kalau i dh lari trun katil kot! hahahaha. nsb baik Kr update lps semua dh abis jahit.kalau x mmg i tampar dia.kakakakakaka. doc i lg la siap nyanyi2 sembang2 dgn nurse ms jahit. i lalok letih mcm nk tdo ms dia jahit. hahah

    ReplyDelete
  5. ok. ngeri baca ni :( terus rasa nak pitam :(

    ReplyDelete