Wednesday, March 27, 2013

Bersalin : Episod I

Salam ;)

Kat atas ne adalah notes yang I catit sepanjang 17/2. Mula-mula catit sebab nak monitor contraction. Pastu dah jadi macam self-note for future reference (hamboih, dah abes trauma ke??) :p

Warning: entry super panjang neh

I kan takut overdue, so I memang banyak berjalan. Hari Jumaat I pergi IKEA, then Sabtu tu I kuar lepak dengan kawan-kawan sekolah I kat KLCC. Malam tu pergi jalan-jalan kat Uptown dengan husband I. Balik dari Uptown I dah start rasa contraction. Macam senggugut period tu. Tu yang baru hegeh-hegeh pack hospital bag. Sebelum tu asyik tangguh ja.

Ahad pagi bangun cam biasa. Senggugut masih terasa on off. Husband ada kelas, so kesorangan la I kat rumah. Masa nak solat Zohor, I nampak ada brown spot. Gelabah jap. I called hubs and hubs biasa je tak gelabah. He said kita tengok esok camna. I terus googled, dan hasil findings adalah kalau brown spot selalunya 2-3days baru nak bersalin. So, I relax je kat rumah. Petang tu ada lagik brown spot. Makin banyak. Kencing pun kuar brown spot. Since I kat rumah sorang, I pun malas nak panik tak tentu pasal.

Waktu maghrib tiba-tiba I check ada darah. Sikit je. I teringat doc cakap, kalau turun darah, pecah ketuban dan contraction 5minit sekali terus datang hospital. Panick attacked. We ols bersiap-siap. Hubs belom dinner, tapi hubs pun dah gelabah nak straight away ke hospital. I dah start nervous. I tipu hubs cakap I lapar, I nak makan dulu. Sebab I taknak straight away ke hospital and wanna have last dinner together with hubs.

We had dinner at Saba Restaurant (hubs all time favourite). I memang dah tak lalu makan, sebab I takut nak bersalin anytime sooner. I cubit-cubit je Roti Arab. Tengah makan kawan I update dia dinner kat Delicious. Hubs cakap jom pergi Delicous jap pasne, sebab I memang craving gilaa nak makan Stoberi Chocolicous Sundae, since at 7-month pregnancy. Tapi setiap kali ke Delicious tu, setiap kali jugak Sundae abes. Tak paham I kalau pergi pukul 5 pun Sundae dah habes. Dah tau cepat habes beli la stock banyak-banyak. Okay emo jap sebab sampai sekarang tak dapat makan. I memang tak rasa nak makan Sundae dah. Nervous gila.

Okay. Sampai Pusrawi around 10-ish. Terus ke bahagian emergency and nurse suh terus masuk labor room. I dah panik, takkan masuk labor room terus kot? Masa tu ada sorang akak sekali dengan ktorang. Masa nak naek lif akak ne dah terduduk sambil mengerang kesakitan. Nurse yang escort ktorg terus amek wheelchair kt akak tu. Nurse tu tanya I, nak tak wheelchair? I cakap taknak. I dah belagak2 cakap kat hubs yang I ne kuat, jenis tahan sakit. Bila dengar akak tu mengerang gila-gila I terus ajak hubs balik. Sebab I tau sakit I ne macam lambat lagik nak bersalin. I masih peringkat awal. Hubs cakap takpe, alang-alang dah sampai kita cek dulu pastu balik.

Sampai kat labor room nurse suh masuk bilik dan tukar uniform hospital. I tengok hubs, I suh hubs pi bitau nurse tu suh cek I dulu berapa bukaan. I taknak overnight kat hospital. Tapi nurse cakap sebelum cek bukaan nak monitor CTG dulu dan cek blood pressure. 11.30pm camtuh ada sorang nurse laen datang. Dia cakap nak cek bukaan. Yeah, I've been waiting for this. I tau orang cakap seluk tu sakit, tapi tak sangka ia adalah sangat sakit. Bila dia seluk aje, ya allah I felt like giving up. Taknak bersalin boleh tak kalau gini sakitnya. I was not helping at all sebab I keraskan badan dan angkat punggung, lagik la lama dia seluk dan betambah sakit. I know I have to relax. Tapi takboleh bila sakit hazab camtu. Nurse tu marah I tapi I memang takboleh nak relaks. Nurse cakap dah 2cm dan terus keluar. Kaki I dah menggigil gila-gila, bergetar menahan sakit. Pastu nurse datang cakap dorang tak advice I balik. Sebab dah turun darah dan dah 2cm. Private kan? Memang la kerja dorang tahan orang kat hospital. I pun tak abes-abes nyesal datang hospital awal.

2-3 minit kemudian, nurse datang masuk ubat berak. Sakit hoii dia sumbat muncung botol ubat tu kat lubang punggung. Sekejapan je terus berak. Dah tak peduli pedih kena seluk n masuk ubat berak, berlari-lari I ke toilet. Memang semua keluar, kosong perut. Sambil tunggu habes membuang tu terasa jugak sakit seluk. Kaki I memang tak henti menggigil. Nak keluar toilet tu, menitik jugak air mata I. Sakittt :(

Half an hour after that I baru boleh bertenang. Dah la malam tu chap goh mei, berdentam-dentum bunyi bunga api. Tak tenteram I. Ada nurse datang briefing, baru I tau bilik tu adalah labor room. Patutla takde tv and sofa bed untuk orang menunggu. Selama ne I dok ingat labor room tu semua yang tunggu time nak bersalin duduk dalam 1 bilik besar dan hanya kain yang memisahkan setiap pesakit. Pastu orang cakap labor room sejuk gila. Padahal bilik I tu bilik sorang-sorang dan aircond pun boleh control. Haha.

I decided untuk tido, kumpul energy untuk bersalin. I kesian tengok hubs tido atas sofa ja. I suruh dia balik, dia cakap taknak. Naseb baek, I tak sanggup kat labor room sorang-sorang. Before tido, I baca Surah Maryam dulu. Masa tuh contraction boleh tahan lagik. Macam senggugut period ja. Bila dah pukul 4am camtu sakit contraction dah kurang kerap tapi lagik bertambah sakit. Setiap kali sakit I akan berpusing-pusing kiri kanan. Hubs have no idea sakit contraction tu adalah on off. Bila i mengerang sakit, dia mesti terjaga dan tanya sakit ape? I have to repeat each time yang I sakit conraction. Bila dah banyak kali rasa nak marah pun ada. Nak explain time tu pun rasa macam perlukan banyak energy. Last-last I tahan sakit sorang-sorang sampai ke pagi. Sepanjang malam I kat labor room tu, kalau dengar bunyi loceng ja mesti lepastu nurses berkejar dan dengar perempuan mengerang dan menjerit. Pastu dengar bunyi baby nanges. Nervous tau especially I pun dok tunggu masa. Lepas subuh, hubs nak balik rumah mandi dan amek baju. Since sakit macam boleh tahan, I dok rasa macam lambat lagik nak bersalin, I suruh hubs balik umah tido dulu.

Dalam pukul 8am, gynae I, Dr. Daud sampai. Dia cakap nak cek bukaan je I dah gigil sorang-sorang. Nyesal suh hubs balik tido. Since dah boleh expect sakit tu, I try relaks dan tak keraskan badan. Tapi seluk tu tetap sakit. Bukaan baru 3cm. Dr.Daud tanya nak cepat bersalin tak? Mesti lah kan? Dia pecahkan air ketuban. I nampak dia pegang stick, terus I pejam mata. Sakit jugak hoiii dia nak pecahkan air ketuban. Rasa panas je air mengalir. Tapi I geli tak selesa basah-basah. I mintak nurse cepat-cepat salinkan pampers dan alas lapik punggung. Dr.Daud jugak induce I dengan drip pitocin. Masa ne sakit makin kerap dan makin sakit. Dr.Daud tengok I dok genggam cadar setiap kali contraction, pastu dia cakap, 'awk ne jenis tak tahan sakit ne. Boleh ke nak push nanti? Pernah dengar pasal epidural?'. I terus potong cakap I tau and I need that. Dr.Daud gelak-gelak. Dia cakap kalau amek epidural terus keluar pakej. I cakap takpela, just give me epidural. Dr.Daud boleh pujuk-pujuk I dia cakap kena tengok dulu japgi macam mana. For the time being sila bertahan. Eh orang tua ne tadi jugak dia cakap pasal epi now tak bagi amek pulak. I called hubs suh cepat datang sebab bila dah pecah air ketuban bukaan cepat je. I told him jugak I mintak epi, pastu hubs siap cakap lagik kalau amek epi takleh beli ip5 la. Time tengah sakit la dia nak ingatkan I pasal ip5. I dah tak peduli suma tu. I just nak epi so nnt kena seluk dah tak sakit.

Dalam setengah jam, I panggil nurse sebab nak terkencing dan terberak. I need help untuk ke toilet. Nurse tak kasi g toilet. Dia cakap I bukan nak berak pun, tu sebenarnya rasa nak beranak. I memang betul-betul nak terkencing n terberak kot. Rasa sangat dah ne. Nurse tu bagi I bekas kencing ja. Dia suh I kencing dan berak sambil baring. Memang kencing banyak betul keluar sekali dengan baki air ketuban. Tapi I tak berak pun, memang rasa tu rasa nak beranak la.

I bagitau nurse tu I nak epi. Dia cakap jap ye dia nak cek bukaan dulu. I terus cakap bukaan setengah jam tadi 3cm, so takyah seluk lagik. Belom abes I cakap dia dah seluk. Hadoila, pastu nurse tu dok cakap, 'Ya Allah dik, Allah sayang awak dik, cepatnya bukaan awak. Dah 5cm dah.'. Nurse tu baek. Dia baca doa Nabi Yunus sambil urut-urut tapak kaki I. Dia cakap dah takboleh amek epi. I tanya dia ape pilihan yang I ada. Dia cakap pethidine, tapi still rasa sakit. Just buat rasa ngantok. Pethidine tahan 3jam je. Let say after 3hrs still tak bersalin memang rugi je amek Pethidine. So, I cakap I nak pk dulu, lagik 15minit I bagi jawapan.

Cukup 15minit I tekan loceng. Nurse laen yang datang. I dok cakap sakit sakit banyak kali. Tau tak dia cakap ape? Dia cakap sakit paling sakit dalam dunia kan sakit bersalin. Hadoii..memang tak membantu menenangkan daku lansung. Sobs. Hubs call I cakap dia beli roti kat I. I dengar sayup-sayup dia cakap dia beli roti gardenia choc kat I. Tiba pulak time tengah cakap tu contraction datang. I terus jerit kat hubs, datang je sini cepat-cepat boleh tak? Haha. Sebaek sempat mintak maaf.

Okay.penat dah type.nanti sambung balik

Published with Blogger-droid v2.0.6

10 comments:

  1. hihii.. sorry, ada certain2 part i nak tergelak baca. sakit2 pun mcm lawak jer lagi. heeee ;) i mula2 pun igtkan labor room mcm yg u imagine tuh. tp dah pergi antenatal class baru paham segala proses nak brsalin nih. so bila smpai masa alhamdulillah x cuak sgt. ;)
    jap, iphone 5 haruslah dituntut yer! ;)
    u gi Delicious mn? i selalu ke Dua Residency, chocolicious sentiasa ada. abis pntang nanti sruh husband u bwk gi sana tau! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hazz.my ultimate mistake is not going for antenatal class. So, bnyk benda taktau dan I taktau what to expect :(

      Mesti tuntut ip5.tgu abes pantang je neh.

      I pegi OU n Mid. Lupa nak try Dua Residency. Lepas ne I pergi sana je la. Thanks Hazz

      Delete
  2. wah kira pantas jugak u dah 5cm kan...buat sambungan cerita cepat plis haha...tapi betul la u i pun x suka kena seluk..masa first kena tu macam cuba legakan diri tenangkan diri sekali doc perempuan india tu gapp masuk tangan dengan ganas terkedu mak menahan sakit...pastu sbb hospital government so tak boleh nak pilih2 doc perempuan ke lelaki...I terpaksa redha jela..i tanya husband dia pun redha nasib baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. I rasa cepat bukak sebAb drip pitocin tuh.
      Mak aii..i x ske gle yg jns men masuk jari ganas2 ne. Tau la dorg seluk hari2, tapi gentle la sikit. Ye dok?

      Delete
  3. hahaha bapak la panjangggg ni br chapter 1 kot??!! cptlahh. nervous i nk tau u amik epi ke x ni. lol
    i xde makna nk bg KR balik umah.duduk sblh i jgn gerak2 kecuali i suruh lol. dia main game n g solat zohor. lps solat trus terbukak nk ke 10cm lol. tp tu pn after 7hrs waiting -__- terbaring ats katil la. kelakarrr la certain part cerita u ni. kekekeke.

    dh ade smartphone xyah ip5 pn xpe. mntk benda lain. gelang emas ke g oversea ke muahahah ;p

    ReplyDelete
  4. oh i pn xske kene seluk. spe yg suke. tp i try utk menerimanya. lol. tu yg xrs sakit sgt kot. geli2 mcm kene laki pye je. LOL. ok too much info haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti doa KR buat u cpt fully dilated. I kalau boleh xnk hubs i tgl I lansung. Tp hubs i senang pening kalau x ckup tdo. So, rela je la die balik tdo sekejapan.

      S2 i ne dah almost 2yrs. I dah gv up w samsung.asyik hang, potong stim kalau tgh amek gambar tiba2 hang. I mnx ip5 dh lm bfore bsalin (upah mengandung) tp kena smpn duet dlu.buatnya xckup duet nk byr kos bsalin xkn nk bg ip5 kt pusrawi? hahaha

      Bahahaha.u lawak la lisa.nape i x rs geli2 pn.i hny rs sakit dan sakit. :(

      Delete
  5. Bai cepat sambung 2nd episod plak..i baca gelak2 sbb u cite cm xserious..hahaha..g delicious dua residency cm Hazz ckp..sntiasa ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Nnt la i g delicious sana.mana tau tserempak dgn u or hazz kt sna. Hee.

      Delete
  6. ok part ip5 tu memang takleh control gelak. haha. mcm mn la sy pulak nnt..episod 2 sgt mngerunkan..

    ReplyDelete