Tuesday, March 12, 2013

Berpantang So Far

Salam ;)

I wrote halfway on my delivery experience, but I just can't finish it. Not ready yet to revisit the memory. Hmmm..

So..kita skip ke berpantang part :)

Alhamdulillah. Hari ne hari ke 23. Rasa dapat tenaga balik. Rasa fresh. Rasa sihat. Rasa dah boleh terima hakikat yang I ada anak. Sebelum ne dok rasa she doesnt belong to me. Kadang-kadang kalau Maryam nanges I memang heartless, sebab rasa hoi badan aku sakit lagik ne, jalan pun rasa tak pijak lantai dan stiap kali jalan rasa macam bahagian bawah nak jatuh je. Seriously.

BERURUT-BERTUNGKU-BERTANGAS

Sebelum bersalin, kopak kebom I dok cakap I dont really prefer traditional way. Haha. Bila dah bersalin, lemah ya rabbi. Screw you modern ways. Still have to back to traditional ways.

I start mengurut pada hari ke-5. Ingat nak tunggu hari ke-7, tapi sebab bengkak susu, I suh hubs pergi jemput mak bidan malam tu jugak. Malam tu urut breast aje. Tapi dekat 3jam jugak la. Pastu dah sedap kena urut dan nak continue urut breast, I told that makcik to start urut esok jugak. Proses berurut-bertungku-bertangas sangat lama. Makcik tu akan urut whole body selama sejam lebih. Takdapat nak enjoy the massage sangat sebab I banyak angin dalam badan. Satu hal lagik mak bidan I jenis sendawa kuat-kuat. Abah I cakap dia turun nak alih kete kat parking bawah boleh dengar sendawa dia begema. Jadi memang takdapat la nak tido time dia berurut. Bila ada ketul-ketul angin kat badan, memang sakit la bila mak bidan I cuba leraikan ketulan tu. Tapi pas berurut sekali sedap je rasa badan.

Then, mak bidan akan proceed with bertungku. Part bertungku memang favourite I. Sebab sedap-sedap panas ja. Cuma bila dia bertungku kat breast,kat ari-ari, kat peranakan dan kat urat meroyan adalah sakit sikit. Bila dia bertungku bahagian belakang memang I akan tertido. Masuk hari kedua, I request untuk bertungku lama sikit. Hehe. Bila selesai bertungku, mak bidan I akan tarik kaki dan tangan I macam thai massage tu. Meletup-letup bunyi. Part paling tak best tapi rasa segar adalah bila bertangas. Semua barang-barang dia sediakan. Memang panas berpeluh macam pergi sauna. Dia bertangas guna halba. Hari first I boleh bertahan panas dan berpeluh 15minit je. Hari kedua dan ketiga bole tahan lama sikit. Sedap rasa lepas berpeluh tu.

Patutnya lepas bertangas kena terus pakai bengkung. Tapi I kan kunun nak moden sket, I ada PB je. I takde bengkung kaen belacu tu. I cuba pakai PB. Tapi ketat hoii. Tak muat nak masuk, dah takleh nak squeeze dah. Haha.

Mak bidan I buat bengkung baru untuk I dan ikot ukuran I. So, hari kedua baru start berbengkung. Dia sapu kapur dan limau nipis kat perut I sebelum berbengkung. Bengkung mak bidan I ne kalau nak pergi toilet senang. Tapi nak duduk susah. Kalau baring terlentang je tak apelah. I tak sangka I boleh tahan berbengkung the whole day dan berhari-hari. After few days, I try to fit myself into PB, yeayy dah boleh squeeze in myself. Haha.

I noticed setiap kali pas mengurut bagai, darah ketul-ketul akan keluar. Bila start pakai bengkung lagik la banyak ketulan darah yang keluar. Rasa lega. Pas ketulan darah keluar, darah nifas I pun dah tak sebanyak selalu.

Paling best, lepas berurut 3 hari, berat badan I turun 3kg. I guess air berlebihan dalam badan keluar semasa proses bertangas. Sebab masa bertangas I berpeluh sakan. Sampai menitik-nitik.

Inshaallah..kalau ada budget nanti, sebelum abes pantang I nak mengurut lagik 3 hari. Nak bagi badan betul-betul fit.

Sekarang ne yang masih I amalkan hari-hari adalah bertungku dan berbengkung. Pakai PB selesa sikit dari normal bengkung. Sebelum berbengkung I lumur fellinna inchloss/pati halia satu badan.

UBAT/SUPLEMENT

I makan ubat doctor bagi (ubat kurangkan bengkak, obimin dan ubat-ape-ntah-I-lupa) sampai hari ke-7. Dah banyak tu je doctor bekalkan. Dah abes ubat doctor, I start makan set berpantang shaklee. Pagi makan Vitalea + B Complex + Vit C. After lunch amek Zinc dan Ostematrix sebelum tidur (after breastfeed/pump susu). Tu rutin makan ubat I. On day 15, I tambah lagik makan ubat untuk tambah susu, Domperidone. Sehari memang banyak telan ubat. Pasrah.

I belom start makan phytonatal. Tunggu dah cukup sebulan kot baru nak makan. Rasa macam banyak sangat ubat nak kena telan dah ne.

DIET

I berpantang dengan mak I. Mak I sangat la tak straight bab pantang. Makanan bergoreng berlemak memang I boleh makan. Mak I just tak bagi makan seafood (except fish), telor, mee, laksa, tomato. Yang laen semua boleh. Tapi I kan desperate nak kurus, so I hanya makan ikan kembung + sayo + ikan masin. Sayo memang I makan banyak. Dulu I tak makan sayo sangat, tapi nak tambah susu punya pasal, semua I telan. I makan tak berkuah sangat, makan kuah sayo je dan tabur black pepper. Selagi ada ikan kembung panas-panas dan ikan masin, I dah berselera. Haha.

I jenis perut tahan kalau tak breakfast. Hubs I bangun pagi-pagi cari makanan dulu. Dia memang jenis perut kena breakfast. I pagi-pagi memang kena membuang air besar dulu baru boleh sumbat makanan.
Selalunya bangun pagi I tak lapar sangat. So, I akan menom shake herbalife. I mix dengan milo + horlick + fresh milk. Pastu makan kurma. I kalau makan kurma boleh berbiji-biji. Tapi sebab kurma mahal, i limit sekali makan takboleh lebih 5biji. Hari-hari muak jugak menom shake, so I selang seli dengan cereal + koko crunch + fresh milk. Lepas lunch kalau lapar lagik I makan beskot weetameal jacobs. Malam I makan nasik jugak tapi 1 senduk je. Takboleh lagik I nak skip dinner dengan nasik. Even beraZam camne pun time teman hubs dinner memang I nak jugak makan nasik. Parah. I kena makan nasik sehari sekali aje patutnya. Esok cuba lagik yep.

I memang dari dulu jenis menom air bergelen. Kalau kat tempat aircond (read:office) memang I menom air 2-3L. Tambah sekarang dengan berpati halia bagai, asyik panas + berpeluh aje, lagik la I menom banyak.

I taktau la rutin diet I ne boleh berterusan sampai hari ke-100. Macam dah nak bosan ja ne. Ahaks.

PILIS

Konon I taknak berpilis. Bukan maen kutuk Memey (bini Norman Hakim) berpilis bagai masa kena interview. Tula orang cakap dosa kering, tiba ja cari pasal kutuk Memey yang takde dosa ape pun ngan I. Hee. I beli ginger cream Leesa Formula untuk bertindak sebagai pilis. Tapi sangat lah tak rasa apabila sapu. Bila pening kepala rasa mual, I have to give up. My abah was kind enough to prepare traditional pilis for me. Abah I tumbuk lada hitam + daun-ape-ntah-I-lupa-nama dan gaul dengan bedak sejuk. Mula-mula letak kat dahi panas, lama-lama sejuk sedap. Masa tido, I layerkan dengan kaen, so boleh pakai sepanjang malam. Bangun pagi rasa ringan kepala.

MANDI HERBA

I beli paket mandian herba. Setiap kali nak mandi, mak I akan tolong rebus paket herba tu dan mandi. Memang sedap rasa badan dan bau dia sangat refreshing. Time mandi jugak I sental badan dengan scrub dan basuh bahagian bawah dengan air asam jawa dicampur garam. Masa mandi masa I paling suka sebab I memang sentiasa berpeluh sakan. Dapat mandi rasa puas aje.

LOOKING GOOD

Say bye-bye to glowing effect during pregnancy. Muka I dah kusam tak berseri pucat senantiasa. Masa I kat hospital I memang bawak tau moisturizer bagai, konon nak look good everytime orang datang visit. Bila sakit bawah masih terasa, who cares weh? Tak kuasa aku nak bercantek-cantek. Hari ke-20 baru I rasa nak jaga balik penampilan diri. Kalau tak nampak cam orang gila ja rambut serabut, eyebag setompok dan muka pucat lesi. Tapi idak la I nak berfoundation + bereyeliner + bermascara + berblusher + berlipstic bagai. I just make sure pakai serum dan moisturizer dan night cream dan lip balm. Tuh je. Sebab I ada baca, time pantang ne hormon tengah bertukar, kalau tak jaga memang masalah bintik-bintik hitam/merah yang timbul masa mengandung dan pigmentasi akan berkekalan. So, kena amek langkah pencegahan. Alhamdulillah I takde bintik-bintik tu. Pigmentasi sebab mengandung pun takde. Sesetengah orang akan naek hitam kat leher, muka, perut kan? I naek hitam kat ketiak. Duh, jenuh nak scrub dan sental masa mandi. I sental dengan serbuk scrub Bengkuang. So far nampak hitam tu dah lighter. But, still there. Kalau berbulan masih tak hilang memang I kena buat underarm treatment la.  Haha. Memang dah tak condifent nak pakai sleeveless kat rumah.

I masih jadi makcik-makcik berkaen batik + bercardigan + berstokin kat rumah. Hubs, please bear with me. Haha. Dulu I dok cakap kat hubs yang I takboleh kot nak pakai socks 24-jam, panas dan rimas. Rupanya I boleh je, sebab kaki I sentiasa rasa sejuk. Bila I panas berpeluh (usually masa patihalia tengah bertindak), I akan buang socks jap. Kejap lagik datang la hubs I pakaikan socks balik. Masa ne the best moment. Hee. Rasa hubs sayang sangat kat wife dia yang emo terlebih ne.

So far tu je lah rutin berpantang I. I dah pijak tanah masa g checkup jaundice Maryam 2x dan g visit atok I kat Shah Alam dan masa g umah PIL time aqiqah last week. Bosan jugak berpantang ne. Cepatlah 44hari hoii.

Published with Blogger-droid v2.0.6

7 comments:

  1. Gigih tau i baca sampai habis. Haha. Yang mane yg elok i ikut. Ygv tak elok mcm emo lebih i taknak ikut haha padahal diri sendiri kuat emo. Banyak jugak u turun kan lepas bertangas apa benda sume tu. siap boleh fit in PB lg tu. nanti i pn nk ckp dgn husband i please bear dgn i klau time pantang nnti mcm org sakit dgn stokin bagai huhu. Sesungguhnya ibu mengandung ni semua kuat. I kagum :')

    ReplyDelete
  2. good entry bai!tq so much.doakan i please:)

    ReplyDelete
  3. tiba2 rindu time pantang. apekah?? hahahaa.. u r lucky ada parents kat rumah jg time pantang. at least blh tgk2kan baby time u berurut bagai. i cant really enjoy mine sbb Hana jenis x tido sgt so kejap2 bgn to feed her. tp papepun mmg rasa best gila berurut & brtungku. Eh bertungku tu pun tlg hilangkan air dlm bdn tau. mak bidan i mainly cocentrate tungku kat perut & paha nak kurgkan air kat kawasan tu. ;)
    Another 20+ days to go yer. Caiyok2!! ;)

    ReplyDelete
  4. I dapat berurut je tau..bestnya dapat bertungku bagai..nasib baik i dapat balik weight asal..kekeke..bagus minum air banyak..produce susu banyak..ok la tu kalau u da sampai bengkak susu memula..means that ur body memang boleh produce lot of milks! :)

    ReplyDelete
  5. omg baiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. terernyeeeeeeeeeeeeeee kauuuuuuuuuuuuuuuuuu.hahaha tu dia pye kagum. rs nk ulg balik zmn pantang baca cerita pantang kau ni hahahahh. sebab dlu aku degillllllllllllllllllll. kalau xmst dh kurus mcm cik hazz. eh? hahahah

    saluteeeeeeeeeeeeeeeee weiiiiiiiiiiiii. teruskan tungku.mmg darah ketul2 kuar byk. kalau xkuar abis nt ade air busuk keluar. i ms tu stop kejap 2 3 hari xtungku ms raya, haaa kuar air tu. smbg balik tungku kuar darah ketul2 semua. abis pantang xde darah dah yay hehe. bdn i dh sengal2 ni ha.lama x berurut. i need massageeeeeeeee huhuhu

    aaaaaa nk pantang jgak pls *gile* hahah

    ReplyDelete
  6. caiyok! caiyok! mesti slim melim lepas ni...kak aya pun order set berpantang shaklee dan phytonatal kali ni.

    ReplyDelete
  7. Saalam Baizura,
    im one of ur silent reader, nak tanya pesal mak bidan u tuh boleh tk i dptkan contact dia? Thanks :)

    ReplyDelete