Happy 2014!!
Dah dekat 2 minggu masuk tahun baru, baru nak wish kan? Haha
Kalau berazam semuanya mesti berkait dengan hijrah. Menjadi yang lebih baik. I nak share one thing, but I am afraid people will take it mistakenly.
How should I start????
I selalu berazam nak tutup aurat dengan sempurna. Betul-betul tutup aurat. Bukan setakat tutup kepala je. I start dengan labuhkan tudung lepas kawen. Hubs I background budak tahfiz. So, bila kekadang reunion atau lepak makan dengan kawan-kawan dia, I perasan I sorang je kot yang pakai tudung tak selabuh isteri kawan-kawan hubs. Majoriti isteri kawan hubs adalah dari background yang sama jugak. Dorang takde judge I or whatsoever. Even hubs didn't say anything. I sendiri yang segan. I tak nak malukan hubs. And from time to time, I try labuhkan tudung. Sikit-sikit. Ambil masa nak sampai ke tahap kiri kanan depan tak nampak figure asset wanita tu.
Bila bab labuh alhamdulillah inshaallah dah okay, kena jaga bab jarang tak jarang tudung tu jugak. Susah. Pada awal nya sangat susah.
Apa yang I boleh cakap, bila tudung inshaallah dah okay, secara automatik kita rasa nak cuba jaga yang lain.
Bagi I yang paling susah adalah nak tutup kaki berstokin. Handsocks inshaallah boleh dilaksana untuk baju-baju yang lengan tak cukup panjang.
Since awal 2013, I was thinking to wear socks but I dont have the urge. Asyik bertangguh. Even selalu terlintas, tapi selalu buat endah tak endah. Somewhere mid october, rasa tu makin kuat. Di saat kehidupan menyesak dengan ujian, masa tu dah terasa, I need to change.
The thing I am scared of is determination. Risau kalau hangat-hangat tahi ayam. Then, I texted a good friend of mine. Stated may nawaitu and I told her I need something to push me, which later she send me these messages:
Seriously, when I read this I straight away order the socks online. (Btw, you can find it at ig @themahabbah & @staymodesty. Find the Sooka one, tak tebal sangat dan tak jarang dan berjejari). Masa order ni tiba-tiba rasa berkira nak spend 5socks at RM50 including postage. And then I delayed making payment. Almost 2weeks I delayed. Bergelak berdekah lah syaitan tengok seorang lagi hamba Allah bertangguh-tangguh. Tapi Allah sayang sangat dekat hamba yang seorang ni, Allah turunkan ujian. Tiba2 dari lutut ke pergelangan kaki jadi kering gila dan gatal-gatal. Gatal Ya Rabbi. Dok menggaru sampai naik bintik-bintik merah. What I did was, spend RM50 for Cetaphil face & body wash and RM75 for Kiehl's body lotion. What I am trying to say is, spend RM50 for socks was hard enough. But RM125 for body wash & lotion was like nothing. Susah sungguh bagi I untuk berubah.
The skin from time to time is getting better. I forgot about the socks at all. I don't know, when I wake up one morning after my prayer, all I want was making the socks payment. The first thing I did when I received the socks (at the office) was texting my hubs and told him that I want to wear socks. He only replied, 'Ya Allah, Alhamdulillah. I love you'. But I know, it's something meaningful for him. I started with wearing the socks during working hours. Masa tu rasa macam dah biggest achievement sangat. Haha.
Tapi nak pakai pergi kedai runcit dekat rumah, pergi keluar makan kejap tu rasa malas nak pakai socks. Lecehnya lahai. Tapi hubs cakap, takpe pakai pergi ofis ja dulu. Biasakan. After some time, rasa dah biasa rasa pelik pulak tak pakai kalau keluar rumah. I am still struggling. InshaAllah moga-moga istiqamah.
The challenges of course ada. First, mula-mula tu stock socks ada berapa helai ja, kena rajin basuh. Kadang-kadang socks semua tak basuh lagi, I gasak je keluar pakai kasut bertutup. Second, orang pandang pelik. Orang macam 'eh betul ke dia ni?'. Thirdly, kena hadap soalan-soalan macam 'mimpi apa semalam?', 'pergi ceramah mana ni?'. I told myself, nak buat benda baik memang kena sabar. Dugaan semua tu.
I bermula dengan pakai dekat ofis. Senang sikit sebab kat ofis I super sejuk, so colleagues macam ingat I pakai socks sebab sejuk. Bila keluar lunch yang panas tu, rasa pelik sendiri sebab dok rasa awkward bajet orang usha aku lah kan? Hahaha. My advice, kalau first time nak berhijrah pakai socks, dont start with black socks. Rasa macam janggal dan sangat obvious. Start dengan skin color socks would be better.
The good things yang I rasa lepas ber'socks' adalah I rasa kaki bersih, lembut ja. Kuku pun cantik. Patut lah Allah suruh tutup kaki kan? Indahnya janji Alllah. Satu lagi, bila betul-betul bertutup ni, I rasa selamat. At times memang I akan keluar sorang without hubs and Maryam (study week), I rasa selamat dari pandangan-pandangan lelaki ni. Bukan lah I nak cakap I hot ke apa, ni pasal pandangan yang lelaki sasarkan kita ni macam object. You know what I mean. Macam ada je benda yang dorang boleh bagi remarks. Tapi now dorang pun dah tak hingin pandang. Rasa macam hoi tak menarik nak tengok dah. Gitu la. Macam mana eh nak explain bagi tak salah faham??? I hope you get what I am trying to say.
And paling obvious, bila dah berubah ni sikit, I rasa macam kalau I solat lambat ke ape macam takde makna. I bermonolog macam buat ape pakai socks kalau solat pun lambat. Buat ape pakai socks kalau baju pun tak cukup labuh. Gitu la. So, I will try my best to perform better each day. All the struggles within myself.
Mak I sangat vocal. Kalau dia suruh solat and I was like give me 5 minutes. Mak will say, 'harapnya tak mati pada minit ke 3 la'. Sound harsh but truth hurts big time. Macam nak balik ofis petang-petang, I tunggu hubs lama sikit sebab dia nak Asar dulu, I selalu cakap solat kat rumah la. Hubs akan cakap kalau accident mati tengah jalan tak sempat Asar macam mana? Yep, I tak suka dorang sebut pasal mati ni, tapi sape lagi nak remind I pasal mati itu pasti?
What I am trying to share here is, take small steps at a time. Don't rush. Yang penting tu istiqamah. Ikhlas. Salah satu cara nak istiqamah adalah dengan bagitau close people around us. Supaya dorang ada nak ingatkan kita bila terlupa, supaya rasa segan kalau tak buat. Macam I, I told hubs and close friends. So, kalau tiba-tiba rasa malas separuh jalan tu I jadi malu. Eh, bukan ke dia kata nak start pakai socks tapi kenapa tak buat lagik? Macam tulah.
Nak buat ape-ape mesti datang dari hati jadi tak terasa macam dipaksa-paksa dan rasa perubahan tu sangat menyeksakan. Allah akan tolong kita. Yang penting, kena cari the push factor. Macam I, I taknak anak I membesar dengan menjadikan orang lain sebagai role model dia. It should be me. It should be us as her parents. Role model paling dekat. Paling ideal. I bukan nak bermegah riak bila cerita ni, tapi I nak share dengan orang-orang yang macam I. Yang nak berubah tapi teragak-agak.
Pakai socks ni adalah benda paling payah I nak buat, sebab tu ape-ape pun I akan relate dengan pakai socks ni. Bukanlah bermaksud bila dah pakai socks ni macam benchmark dah jadi muslimah sejati. Bukan macam tu tau. Setiap orang ada struggle masing-masing. Dont get me wrong.
And I am now working on taking care of my heart. Menjaga hati. Husnuzon. Bersangka baik. Gossips, mengumpat semua tu masih lagi ada dalam diri. I am working on it and I am far away from being truly Muslimah. Yep, I must say, who knows those pretty ladies yang tak bersocks, bertudung semua, hati dorang lebih baik dari I ni. So, don't judge. I tak suka bila dengar remarks dari orang yang bertutup litup ni macam, 'cuba tengok perempuan tu, kain tu tak boleh ketat lagi ke?'. Excuse me, kita taktau hati dia macam mana, iman dia tinggi mana? Entah-entah hati dia beribu kali ganda bersih nya. Solat nya cukup awal waktu, kebajikan orang tua dia terpelihara. Dijaganya ibu bapa dia sepenuh hati. Jadi, darjat siapa lebih tinggi di hadapan Allah? Kita taktau apa nilai kita di hadapan Allah, jadi stop saying bad things about others, why not praying for others. Supaya sama darjat kita semua di depan Allah. Inshaallah.
Sorry this is a lengthy post, but I do hope people not mistakenly perceived my writings and hopefully all of us are better than yesterday. Aminn :)
Bai, tersentuh baca entry kali ni. I pun nak share something if u dont mind. heee
ReplyDeleteMasa bulan 9 tahun lepas (our anniversary) mu hubs kasi hadiah stoking kaki. I terkejut gila2. Sebab i rasa i tak sampai tahap tu lg. Tudung tu memang dah labuhlah tutup segala benda kan tp nak pakai stoking kaki? Errr. ok fine, i pakai seminggu g opis no one perasan sebab kat luar tu i pakai kasut tau. Cuma i rasa leceh setiap kali nak g toilet kena bukak stoking. And one thing i ni cepat geli orgnya, kan stoking tu dia ikut jejari, dia akan pisahkan ibu jari dengan jari2 lain. I rasa tak selesa sgt mcm ada benda melekat kat celah jari tu.
Yes, syaitan berjaya akhirnya. Now hubs kerja luar, so i dah tak pakai stoking tu. Bila baca entry ni, I harap i mampu jadi setabah u and istiqamah mcm u ckp tu. Bagi i nak berubah tu anytime tapi istiqamah tu yang menjadi cabaran. Harap kita sama2 berjaya. AMIN.
Hana!!! Glad that I am not alone.
ReplyDeleteMula2 I pun struggle bab pergi toilet dan setiap kali nak solat kat ofis. Leceh. Tapi bukan senang nak senang kan? Kena bear with it.
Psl socks jejari tu maybe hana bole pakai socks biasa nak elak geli.
InshaAllah Hana boleh. Slow2. Bnyk2 doa moga dipermudahkan nak jadi baik. My hubs once said, kalau nak buat benda baik mmg Allah bagi banyak ujian. Sebab Allah nak tengok kita ni berubah sebab Allah ke sebab benda lain.
Aminn. Moga kita sama2 istiqamah ya Hana.
wow..morning Bai. pg2 i bukak blog dh jmpe nasihat cmni. i was like "urmmmmm".. cz knowing myself, i still jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh lg nk berubah jd baik. in fact i still xbole nk jaga aurat dgn ipar, or kt if kt pool umah sndri pn i mcm ala mls. i pk bkn ade org tgk pn,yes my bad. myb i still rs susah. susahhh sgt. godaan setan tu kuat btl. huwaaa. husband i xla suruh berstokin ke apa. agaknye i dh pkai tudung ni pn dia dh syukur. and mmg kdg2 i pn kejap on off. still rasa teringin nk free hair balik sbb lg sng bla blablabla but i cant..feeling mcm tu mmg syaitannirrojim sungguh lah :(
ReplyDeletebut yeah at times i whine. xde tudung matching la, balik2 pki tudung sama la blablabla.. u knw stuff like tht. excuses. myb one day..one day.. mlm td i ms kemas drawer i jmpe skin socks. i mcm bile ms pulak la aku beli socks ni. ble ms nk pkai tah ckp dlm hati. uhuhu.. anyway, thanks for this post. inshaallah i pn nk cuba berubah pkai socks etc ni huhu
Oh! Insya Allah you will get there.
ReplyDeleteI pon myself have a lot of things need to be improved and fixed and asked for forgiveness. Bab jaga hati and mulut tu pon. Macam baru tadi terpikir, why am I reading this blog dan rase menyampah pada penulis die.. baik I just don't read it again. Basically leaving things that make us feel bad at heart.
Tapi makin berumur ni pon rase macam tak berapa suke sangat pakai ketat. Baju cari sekarang nak labuh, tudung pon bile ternampak kat cermin outline chest pon rase macam tak sedap je and try labuhkan. Maybe itu cara Tuhan nak tunjuk kan.
alhamdulillah Allah permudahkan u...i have the same feeling like u..wearing socks..dah usha insta pon..dendiam i usha n inspired mereka yang modesty tp nmpk glam.. tapi i blom berani nak cakap sesapa or start..(alamak tp dh ckp kat sini)...even hubby pon tak pernah tau perasaan i yang ini..faktor usia kah perasaan tu..? just start thinking after i saw my fren back from umrah cover herself totally but still sempoi bertshirt..i rasa malu..then i ada group jahit..yang most of them bertudung labuh..mcm u, i pon start rasa segan bila derang sembang pasal aurat etc..baju tak labuh..bla..bla..i plak nak buat bj yg fancy2 jer..cuma tulah mcm u ckp..tangguh, hasutan syaitan..plus bj yg sedia ada pon agak sempit jerk.insyaallah, pelan2, i bykkan baju yang longgar..harap ada kekuatan mcm u satu hari nnti..
ReplyDeleteKeep it up!
I start pakai stoking sebab rasa tak comfortable bila pakai kasut sarung (nak ke office). sebab kalau tak pakaikan, rasa sakit kat jari kaki tu. lepas tu, sbb dah terbiasa pakai, kalau tak pakai jadi janggal. ingat lagi kawan2 ofis tegur (nampak sgt kepoh, sampai kaki aku pun ko belek kan), eih ko dh pakai stoking. wahhh. alimnyer. eih eih. I just senyum aje sbb malas nak jawab. paling2 pun jawab, itu la, rasa tak selesa kalau tak pakai.
ReplyDeleteinsyallah, sama2 kite teruskan beristiqomah yer. setiap hari kite kena improve :)
Assalamualaikum adik manis..
ReplyDeletetaktau macamana terjumpa blog ni..and this post.sebenarnya tlg kawan carikan toe sock.
i experience the same when i start nk pakai socks. mula2 tu honestly laki paksa (hahaha) sebab dia hantar i pegi kerja naik motor so ramai la makcik2 yg bonceng motor pakai baju kurung terselak sampai lutut. hubby ckp kalau taknak pakai dia takmo hantar! sebab i malas nk drive so ok la, lgpun i mmg need this kind of push factor (hahaha) kalau tak ntah bila la nk start.. Alhamdulillah, now bila tak pakai rasa mcm togel je, even pegi kedai ke mana mmg i try utk pakai, unles kdg2 tu ada gak terkucil sebab cari sock tak jumpa.. bukan apa, pikir balik part kaki tu mmg aurat kot, yg tanak tutup kenapa?
so far nak pakai tu takde apa sgt, tp for me yg mencabar nya adalah menjaga hati dari rasa ujub dan riak. bila lihat org yg tak pakai, cepat je nk melintas dlm hati ni ishh diorang ni..kenapa la tak ingat yg tu pun aurat etc etc.. tak sedor diri yg dulu kita pun mcm tu jugak kan..(isk isk). apapun syabas bete! hope Allah pelihara kita dan guide kita semua ke arah yg lebih baik..again, tq!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)