It's been a while. Lama diam. Sebab tak cukup masa, sebab rasa takde benda faedah nak bercakap selain mengeluh.
October and November adalah bulan menduga segala benda. Diuji oleh Allah dari setiap sudut. Mula-mula rasa macam Ya Allah, sesaknya duit. Ya Allah, ape lagi ni? Astaghfirullahala'zim. Lama-lama muhasabah, kenapa lepas satu, satu ni Allah duga. Mula-mula bumbung extension dekat laundry area bocor, sekarang kan musim hujan. Banjir dapur setiap kali hujan. Hubs lah yang gigih cedok buang air. Sejam hujan lebat, sejamlah hubs dok mencedok.
Kemudian, masa tengah sedap vacuum rumah tertarik curtain sliding door kuat, habis jatuh rail segala. Habuk berdebu satu rumah, nasib baik tak kena Maryam.
Lampu master bedroom tiba-tiba rosak. Budget sangat tight bulan October, jadi beharap lampu toilet je nak menerangi bilik sementara tunggu gaji November nak replace mentol. Budget sangat tight sampai nak beli mentol RM18 pun berkira.
Dituruti laptop zaman belajar dulu-dulu tetiba rosak. Hanged. Takleh nak gerak cursor langsung. Tak boleh buat apa. Padahal hubs dengan I nak kena kejar dateline submit assignment. This is my first assignment after Degree time, so sangat lemau nak start. We have to use sister-in-law's laptop for a while. Paham-paham ajelah, laptop sekarang canggih, nak biasakan dengan laptop pun hegeh-hegeh. Dah dapat laptop pinjam, tetiba Unifi tak dapat guna, so tak ber-internet lah selama 2,3 hari. Nak buat assignment, nak research macam mana? Solution was staying at Parent-in-law's place sampai lewat malam baru balik rumah. Penat tak payah cakap. Panggil technician, rupanya modem rosak. Terbaik, cukup time habis warranty, dan-dan terus rosak. There it goes, our RM120 to replace with the new modem.
Then, washing machine problem, takleh detect air. Air tak keluar, so kena operate mashine manually. Setiap kali nak wash and rinse kena lah tunggu sampai air penuh. Nak hantar dobi, duit tengah kering. Gigih la laki bini dok tunggu kat washing machine setiap kali nak basuh.
Life sangat miserable time tu. Masing-masing tak terluah. Kadang-kadang nampak hubs termenung, dah dapat agak apa yang dia fikir. Serabut fikir banyaknya duit nak pakai.
Sungguh. Dah lama tak rasa susah macam tuh. Masa tu baru terfikir, kat mana salah aku? Kat mana salah kami suami isteri?
Secara tak sengaja I terjumpa apps Podcasts dan dalam tu banyak lectures Mufti Menk.
Mula-mula dengar lectures Productive Muslim, bila sampai part 'Allah has granted you so many things in life, what's your excuse for delaying his call?' . I termalu sendiri. Sebab I jenis yang kalau kat ofis buat pakej solat zuhur dengan asar. Maksudnya, solat zuhur hujung waktu, solat asar awal waktu. Sempat baring seminit dua kat surau sementara waktu. I teringat dulu-dulu masa berdoa siang malam nak conceived, pastu asked around what are the tips, what specific du'a should I pray? Then, someone said harshly, 'solat pun delay, lambat-lambat kan solat macam benda lain tu lagi penting then tak malu doa kat Allah nak cepat pregnant?'. I was shocked but like the wise man said truth hurts. Big time.
Jadi, nikmat mana lagi yang kau mahu dustakan?
Reflect. Banyak yang kurang. Bak kata Mufti Menk, jaga solat. InshaAllah, everything will come into pieces. Solat tu kan tiang agama. Jaga solat bukan make sure cukup 5 waktu, tapi cukup awal untuk ready before masuk waktu. Productive Muslim ready 5minutes earlier sebelum solat. A good leader is someone who never delay his prayers.
Download this apps, IMAN. It's very helpful. So kita tau bila waktu solat, doa-doa, siap ada zikir counter lagik.
InshaAllah moga kita sama-sama usaha untuk jadi lebih baik. Lesson learnt, in a hard way though. InshaAllah, harapnya penyakit hati, dalam an dan peribadi pun turut sama berubah menjadi lebih baik.
Berdoa supaya hati ini isthiqamah, supaya dipermudahkan segalanya. InshaAllah. Aminn.
hmm kesiannya..semoga kak bai sentiasa bertabah ye. Yong pn terkesan jg sbb suka lewatkan wktu solat esp zohor..
ReplyDeletep/s: junior saina dlu se batch dgn asmak alia..msti x knai yong..hihi
bai.. terase gak..tqah solat lambat gak..sbb nk sekalikan..zohor..pam n asar terus,. huhu
ReplyDeletei love this post bai., wpn u cerita psl byk benda yg u depressed. huhu. hang in there...i pn dh penah rasa. biasa la life ade ups and downs.. hugs!
ReplyDeleteThanks for sharing bai. i pun macam u suka buat solat pakej...kalau subuh tu lagi lah..pas dah masak makanan hamza baru terhegeh2 berlari mandi and solat dekat2 pukul 7 dah...pasni kena lebih baik
ReplyDeleteSalam Bai, masa baca and rasa u dah upgrade ur life. i mean u dah masuk stage matang dalam hidup. eh apa i merepek..but cmtu la..aku dapat rasakan..kau yg dl bukanla yg sekarang..
ReplyDeleteHi Bai. Ni salah satu azam I tahun 2014. Nak lebih particular pasal solat & family matters :)
ReplyDeletebaru je nak baca entry ni..kesianya u bulan tu, i pernah gak kena dulu2 la ..hal solat, i pon tak tetap..sometime cepat sesudah azan..sometime alang2 terlewat ..buat pakejla sng....sometimes bila i sedar, i ckp mcm u jgk dlm hati..solat pon lambat..sbb tu lmbt preggie kot..tp hati i selalu, sedapkan balik..zohor je lambat..asar kan awal..hmm..terukkan..thanks for reminding me again about this..thanks dear..
ReplyDelete
ReplyDeleteشركة مكافحة حشرات بالجبيل
شركة تنظيف كنب بالخفجى