Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Sabar

Salam :)

I mengaku, masa pregnant I selalu la baca pasal parenting neh. Nak fully equipped kononnya. Berusaha nak jadi Ummi yang terbaek. Tapi bila anak dah ada depan mata, perkara paling penting yang I sedar adalah SABAR.

Sabar dalam segala hal. Paling mencabar bila kita dah penat and sleepy, si kecik ne taknak jugak tido. Nak ajak borak/maen. Dalam hati memang berperang habes dengan segala rasa. Kadang-kadang rasa nak mengeluh, tapi tahan-tahan. Selalunya dalam hati I terlintas, 'Ummi penat ne, tido lah cepat', takpun, 'Nape nanges lagik ne?'. Ya Allah, dipohon kesabaran yang tinggi. Ujian ne kecil sahaja.

Apa yang I belajar, kalau dalam hati berperang dengan perkara negatif, lagik I penat. Lagik masalah tak selesai. Baby pun faham yang Ummi dia dok bergolak dengan perasaan. Lagik dia taknak tido. Lagik dia menanges. Bila I dah tenang, dah boleh handle rasa segala rasa negatif, I perasan Maryam will sleep easily and will stop crying. Bila Maryam dah fall asleep, tengok muka dia memang rasa Ya Allah, berbaloinya rasa penat mengantuk semua tu.

Terima Kasih Ya Allah atas kurniaan-Mu ini.

Sabar yang tak kurang pentingnya adalah pabila banyak sangat orang terlebih concern melampau kat anak kita. Relatives and parent's friends been constantly visiting Maryam. And Maryam got constipation problems these few days. Banyak la nasihat free yang I rasa hmmmphh. Ada yang suruh bagi makan limau, prune la, madu la. Hello, Maryam is just about 2-months old. Ada sorang ne lagik la, dia cakap anak dia dulu pun susah nak poo poo, dah tukar semua jenis susu pun sama jugak. Last-last dia stop susu bagi air masak je kat anak dia. Bila nurse kat KK marah dia cakap la anak dia membesar sihat aje. FYI, I tengok anak dia ingat baru 2tahun lebih, rupanya dah dekat 4tahun. Kecik kurus kering anak dia. So boleh agak la kan, dia advice the same thing dekat I. Dengar aje lah. Lepas kes tu I dah pesan kat Mak I, takyah la nak cerita pasal Maryam susah nak poo poo lagik. Malas nak dengar nasihat macam-macam ne.

Yang paling I geram, ada satu petang tu I bawa Maryam jalan-jalan depan rumah. Ada la sorang ustazah ne lalu depan rumah. Kebetulan Maryam tengah nanges, sebab I berhenti baca asma-ul-husna. (I dah lenguh mulut time ne). Ustazah tu memang tak berhenti pun. Lalu senyum aje. Esoknya Abah I pergi la beli Ikan Bakar, terserempak dengan kawan-kawan dia yang tengah makan kat situ, dorang semua cakap dorang dengar cerita yang cucu Abah I ne tak sehat (read:ada masalah kesihatan) sebab asyik nanges ja. Bila Abah I tanya sape cerita? Dorang cakap ustazah tu yang cerita. OMG. Abah I marah sangat. I dengar pun lagik la marah. Ya Allah, sabar je la. I tak kacau hidup Ustazah tu pun. :(

Hari-hari I cakap kat diri I masa bangun tido. Hari ne kena lebih sabar. Hari ne kena lebih sabar.

Lahirnya Maryam dalam hidup ktorang adalah kurniaan besar dari Allah, jadi I mesti jaga diri dan peribadi supaya tak sia-siakan amanat Allah ne. InshaAllah :)