Friday, May 17, 2013
MaryamNurZahra' : Flight Experience
Thursday, April 18, 2013
Majlis Aqiqah Maryam Nur Zahra'
Salam :)
Date : 3 March 2013 (Sunday)
Masa ne Maryam baru berusia 13hari dan Umminya pun masih dalam pantang. We ols aqiqah kan seekor kambing untuk Maryam.
Al-kisahnya we ols tumpang majlis tunang adik ipar I. Tapi memang majlis tunang tu ditunda-tunda supaya boleh tunggu I bersalin dulu. Naseb baek adik ipar I dan family tunang dia boleh tunggu. Haha. Maryam cucu sulung sebelah hubs I. Memang boleh nampak keterujaan tu. Masa I tengah mengandung memang la dilayan baek punya. Kalau tercakap nak makan spagheti pukul 11malam, time tu jugak MIL I kerah hubs pergi beli.
We ols tak buat majlis berendoi & cukur jambul pun. Sebab, I masih dalam pantang tak kuasa nak beriya bagai. Rambut Maryam dicukur 2 days before majlis aqiqah, iaitu pada 1 March 2013 (Jumaat). So, hari kenduri tu dimulakan dengan majlis tunang adik ipar I. Pastu acara makan-makan sampai ke petang.
Tapi guests yang datang semua tau lah PIL I baru dapat cucu. Haha. Maryam dapat banyak hadiah gilaaa. I tukang collect duet dan hadiah. Sebab semua orang sebok nak pegang Maryam. Hadiah paling best adalah Burberry dress. Adoi, tak sabar I nak tunggu Maryam besar nak pakaikan dress tu. Ummi awak pun tak pernah ada barang Burberry sayang oii.
Ayah si Maryam ne paling kalut hari tu. Excited baru jadi Ayah la katakan. Kawan I ke, kawan dia ke yang datang, memang dia cepat-cepat pergi amek Maryam nak tunjuk. Most of the time, I dalam rumah je. Dengan lampin, bip maryam dalam kocek baju melayu dia lagik. Semua orang cakap, jatuh saham hubs I, semua orang tau dia ada anak dah. Tupun dia nak beli belt yg khas untuk letak segala barang Maryam, senang nak gerak tanpa tercicil barang Maryam. Of course la I tak bagi beli, entah ape-ape la my hubs ne. Bukan boleh diikut sangat rasa excited dia tuh.
Hmm..tanggungjawab untuk aqiqah kan Maryam dah selesai. Lega. Lepas ne Ummi & Ayah nak kena selesaikan tanggungjawab sunatkan awak pulak la sayang.
Monday, April 15, 2013
Sabar
Salam :)
I mengaku, masa pregnant I selalu la baca pasal parenting neh. Nak fully equipped kononnya. Berusaha nak jadi Ummi yang terbaek. Tapi bila anak dah ada depan mata, perkara paling penting yang I sedar adalah SABAR.
Sabar dalam segala hal. Paling mencabar bila kita dah penat and sleepy, si kecik ne taknak jugak tido. Nak ajak borak/maen. Dalam hati memang berperang habes dengan segala rasa. Kadang-kadang rasa nak mengeluh, tapi tahan-tahan. Selalunya dalam hati I terlintas, 'Ummi penat ne, tido lah cepat', takpun, 'Nape nanges lagik ne?'. Ya Allah, dipohon kesabaran yang tinggi. Ujian ne kecil sahaja.
Apa yang I belajar, kalau dalam hati berperang dengan perkara negatif, lagik I penat. Lagik masalah tak selesai. Baby pun faham yang Ummi dia dok bergolak dengan perasaan. Lagik dia taknak tido. Lagik dia menanges. Bila I dah tenang, dah boleh handle rasa segala rasa negatif, I perasan Maryam will sleep easily and will stop crying. Bila Maryam dah fall asleep, tengok muka dia memang rasa Ya Allah, berbaloinya rasa penat mengantuk semua tu.
Terima Kasih Ya Allah atas kurniaan-Mu ini.
Sabar yang tak kurang pentingnya adalah pabila banyak sangat orang terlebih concern melampau kat anak kita. Relatives and parent's friends been constantly visiting Maryam. And Maryam got constipation problems these few days. Banyak la nasihat free yang I rasa hmmmphh. Ada yang suruh bagi makan limau, prune la, madu la. Hello, Maryam is just about 2-months old. Ada sorang ne lagik la, dia cakap anak dia dulu pun susah nak poo poo, dah tukar semua jenis susu pun sama jugak. Last-last dia stop susu bagi air masak je kat anak dia. Bila nurse kat KK marah dia cakap la anak dia membesar sihat aje. FYI, I tengok anak dia ingat baru 2tahun lebih, rupanya dah dekat 4tahun. Kecik kurus kering anak dia. So boleh agak la kan, dia advice the same thing dekat I. Dengar aje lah. Lepas kes tu I dah pesan kat Mak I, takyah la nak cerita pasal Maryam susah nak poo poo lagik. Malas nak dengar nasihat macam-macam ne.
Yang paling I geram, ada satu petang tu I bawa Maryam jalan-jalan depan rumah. Ada la sorang ustazah ne lalu depan rumah. Kebetulan Maryam tengah nanges, sebab I berhenti baca asma-ul-husna. (I dah lenguh mulut time ne). Ustazah tu memang tak berhenti pun. Lalu senyum aje. Esoknya Abah I pergi la beli Ikan Bakar, terserempak dengan kawan-kawan dia yang tengah makan kat situ, dorang semua cakap dorang dengar cerita yang cucu Abah I ne tak sehat (read:ada masalah kesihatan) sebab asyik nanges ja. Bila Abah I tanya sape cerita? Dorang cakap ustazah tu yang cerita. OMG. Abah I marah sangat. I dengar pun lagik la marah. Ya Allah, sabar je la. I tak kacau hidup Ustazah tu pun. :(
Hari-hari I cakap kat diri I masa bangun tido. Hari ne kena lebih sabar. Hari ne kena lebih sabar.
Lahirnya Maryam dalam hidup ktorang adalah kurniaan besar dari Allah, jadi I mesti jaga diri dan peribadi supaya tak sia-siakan amanat Allah ne. InshaAllah :)
Thursday, April 11, 2013
MaryamNurZahra' : at 53days
Salam :)
I fall in love with her over and over again. :)
Her weight as at 9 April 2013 : 5.02kg (Paed cakap dah terlebih berat. Sepatutnya sebulan naek 600gm aje)
1. Dah pandai senyum. Especially bila tengah kenyang.
2. Suka mengempeng. Ya Allah, penat Ummi awak sayang.
3. Nak kena tido bepelok dengan Ummi sentiasa. Dah pelok lama baru boleh letak atas tilam.
4. Tido nak kena dodoi tepok-tepok bontot dan perut. Nyanyi lagu dia taknak. Nak kena baca ayat qursi, al-fatihah, berzikir bernasyid baru nak lelap. Kadang-kadang Ummi bukak youtube kalau dah tak larat.
5. Selalu cuba nak immitate Ummi buat bunyi guna lidah. Tapi awak tak pandai lagi, awak angkat je lidah tapi tak bunyi pun. Air liur je meleleh banyak.
6. Suka jelir lidah bila nak goda orang angkat dia. Paed cek perut pun awak goda jugak ye sayang.
7. Suka mandi. Sangat. Kaki tu asyik menolak je bath tub. Dah la awak tu panjang, Ummi risau kepala awak terhantuk ja. Berkocak-kocak air dibuatnya.
8. Dah pandai cakap telefon. Millenium betul awak oii. Bila Ayah call letak hp kat tepi telinga, pandai dengar. Kalau tengah nanges pun boleh diam. Kalau Ayah panggil-panggil nama awak, pandai senyum. Kalau Ayah cakap rindu, buat muka sedih. Ya Allah, indahnya canteknya ciptaan Allah ne.
9. Marah kalau nak letak bedak sejuk kat muka. Kat kepala takpe. Nak sapu cream kat leher pun marah.
10. Suara nyaring begetar telinga Ummi bila awak nanges. Nanges macam orang cubit dia je.
11. Suka kalau Ummi maen kaki awak macam naek basikal. Padahal Ummi nak bagi awak senang poo poo.
12. Dah tak berjaga malam. Kalau siang hari tak banyak tido, malam boleh tido lama sangat. Haritu Ummi pening pale, awak baek sangat tido dari pukul 12am - 6am tak bangun-bangun. Menom susu pun tak. Ummi terjaga pukul 4 dok pelik sorang-sorang nape awak boleh tido straight.
13. Waktu tengahhari taknak tido. Nak ajak maen borak-borak.
14. Menanges kalau terjaga tido takde orang sebelah awak.
15. Sangat behave kalau orang datang visit awak. Diam je. Takpun awak tido tak bergerak lansung. Seminit je lepas orang balik, awak mula la merengek nak mengempeng.
16. Suka berjalan-jalan. Masuk je kereta letak kat carseat terus diam. Tapi bila kete berhenti (traffic light/jammed) mula la awak buat muka/bunyi takpuas hati. Kalau ikot Ummi shopping pun behave aje. Tido je kalau Ummi babywearing awak. Terjaga pun, pandai tido sendiri balik.
Note:
#1 Ummi awak tak sabar nak tunggu 2bulan nak update progress awak, 53hari dah terus update.
#2 Ummi sedang cuba nak biar awak tido unaided.
#3 Ummi risau bila tinggal berdua kat KL nanti, Ummi tak sempat mandi, makan dan kemas rumah aje.
#4 Ummi taksabar nak bawak awak jalan-jalan.
#5 Ummi nak balik Kedah untuk mengundi. Tapi tak confident nak naek flight berdua je dengan awak. During take off & boarding, Ummi risau awak nanges dan Ummi taktau nak handle je. Kalau telinga awak bengang, awak menjerit macam mane? Hohoho
#4 Ummi sayang awak sepenuh jiwa raga tau :)
Sunday, March 24, 2013
Her Paed
Salam
On 19.3.13, day 29, I brought Maryam to Ampang Puteri for her 1-month jab. Yes, we decided to change to Ampang Puteri. Sebab...masa Maryam jaundice hari tu cek kat Pusrawi, bacaan 12.4 dia suruh masuk phototherapy. Luckily, phototherapy kat Pusrawi fully occupied so dorang bagi referral letter to other hospital. We decided to go to Ampang Puteri (AP). Proses mudah, nak claim insurance company pun senang eventhough I tak register nama baby kat HR lagik but AP handle everything. Selamat duet ummi ayah awak Maryam. Hee. Doctor on call that day adalah Dr.Nomee. Ya Allah lemah lembutnya doc ne. Sweet. Maryam nanges pun dia pujuk-pujuk sampai Maryam lentok kat dia. Haha.
Bila Dr.Nomee tengok Maryam dia cakap are you sure you want to put your daughter under phototherapy? I cepat-cepat cakap mesti la taknak. Ada option laen? Terus dia cakap bawak balik baby dulu, jemur baby bawah matahari pagi dan mandikan dia dengan air kuning boleh beli kat kedai ubat sensei. After 2days sila datang balik. So balik rumah buat macam disuruh, 2hari kemudian check tengok jaundice Maryam dah okay. Selamat anak Ummi dari masuk phototherapy. Kalau kat Pusrawi memang dah kena.
Then, bila I cakap I got problem to breastfeed my baby, she then recommend me to see the lactation consultant. What a good paed kan?
Bermulalah appointment kami dengan Dr.Nomee since then. Masa cucuk Maryam haritu, ya Allah Maryam nanges menjerit betul. Dr.Nomee cakap habes satu bangunan ne dengar suara awak Maryam. Haha. I dah kuat, I tak nanges dah tengok Maryam nanges. I taktau la anak perempuan orang laen macam mana, tapi Maryam ne menanges kuat gilaa. Kadang-kadang I paksa dia direct feed, dia menanges sampai bergetar badan, air mata meleleh je. Kesian. Mak I cakap Maryam macam I. Kuat menanges. Haha. Kalau dia nak kentut kuat pun dia nanges macam kena cubit. Agaknya sakit perut la kot. Aduhai. Kadang-kadang mati akal taktau nak pujuk dia.
Balik dari cucuk Maryam I terus singgah Bebe Totz beli thermometer. I takut Maryam demam kena cucuk eventhough doc cakap 1-month injection ne slalunya tak demam. 2-month injection yang akan demam. Puas hati dapat kuar shopping jap even sekejap. Haha.
Eh.anyone took the rotavirus injection for their baby? We still haven't decide yet, to take or not. Banyak yang pesan tak amek pun takpe. Cousin hubs (nurse at pediatric ward) advice me not to take, because we still do not know the side effect since the rotavirus injection is still new. I dont know. I need more input/opinion about this injection.
Monday, February 25, 2013
Segala Puji Bagi Allah
Salam :)
Alhamdulillah. I have safely given birth to a beautiful baby girl. 4 days earlier than my EDD.
Name : Maryam Nur Zahra' binti Mohd IZ
D.O.B : 18 February 2013
P.O.B : Pusrawi, Jln Tun Razak
Weight : 3.27kg
Height : 55cm
Delivery Mode : Normal (SVD with 10-tear & vaginal wall tear)
I'll update on the delivery experience later. Dah nama pun SVD with 10-tear and vagina wall tear, so bagi I hilang trauma dulu, dah lupa hazab sakit bersalin dan sakit kena jait baru I share yep. Ngilu bila ingat balik. I even have frequent nightmare. Detik-detik bersalin asyik terbayang.
Yes.. It worth the pain when you look at your little angel face. But to easily forget the 'pain' memang will take my whole life kot.
Alhamdulillah. I had an easy labor. Sakit nak bersalin tu tak lama. Tapi I jenis manusia yang tak tahan sakit, memang trauma la. Hubs proud dapat wife yang boleh bersalin normal without any drugs and tahan sakit dijahit hidup-hidup. But for me, I rela next time bersalin c-zer aje. Entahlah, we'll see how.
*still adjusting my new life as a mother.mengantok hoihh
P.s- Thanks Hazz & Hana for visiting Maryam. Sayang u both ketat-ketat.



